Berita Harian

Pesakit sembuh boleh dijangkiti semula

-

Paris: Pesakit COVID-19 sembuh boleh dijangkiti semula buat kali kedua dengan kesan lebih serius, berdasarka­n kajian terbaru yang turut mengesahka­n jangkitan boleh berlaku berulang kali.

Menurut kajian diterbitka­n jurnal Penyakit Berjangkit The Lancet membabitka­n kes pertama COVID-19 yang disahkan di Amerika Syarikat (AS), pesakit sembuh virus itu tidak semestinya kebal jangkitan susulan.

Pesakit itu, seorang lelaki, 25, dari Nevada, dijangkiti dua jenis virus SARS-COV-2, iaitu virus menyebabka­n COVID-19, dalam tempoh 48 hari.

Jangkitan kedua memberi kesan lebih teruk berbanding pertama, menyebabka­n pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima bantuan oksigen.

Selain itu, empat lagi kes jangkitan semula disahkan di serata dunia, masing-masing satu di Belgium, Belanda, Hong Kong dan Ecuador.

Pakar berkata, penemuan terbaru mengenai risiko jangkitan semula itu mampu membawa perubahan ketara terhadap usaha peringkat global menangani pandemik terbabit, terutama pembuatan vaksin yang berkesan.

Ketua kajian itu, Mark Pandori, dari Makmal Kesihatan Awam Nevada, berkata kemungkina­n jangkitan semula itu memberi kesan ketara terhadap pemahaman mengenai imuniti bekas pesakit, terutama kerana vaksin belum ditemui.

“Lebih banyak penyelidik­an perlu dilakukan bagi memahami berapa lama tahap imuniti bagi bekas pesakit SARS-COV-2 dan kenapa mereka terkena jangkitan kali kedua lazimnya mengalami kesan lebih serius, walaupun jarang berlaku,” katanya.

Profesor Imunobiolo­gi dan Biologi Molekular, Selular dan Pembanguna­n di Universiti Yale, Akiko Iwasaka, yang mengulas kajian itu, berkata langkah kesihatan menangani COVID-19 kini perlu dinilai semula.

“Susulan semakin banyak kes jangkitan semula, masyarakat saintifik berpeluang memahami dan merumus kaedah rawatan berdasarka­n kesan jangkitan dan tahap imuniti,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Kajian mendapati pesakit COVID-19 sembuh kedua menerima kesan lebih serius. yang mendapat jangkitan
(Foto AFP) Kajian mendapati pesakit COVID-19 sembuh kedua menerima kesan lebih serius. yang mendapat jangkitan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia