Berita Harian

Arahan bekerja dari rumah

Arahan babit sektor awam, swasta dalam kawasan PKPB

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Fahmi A Rosli bhnews@bh.com.my

Hampir sejuta pekerja bahagian pengurusan dan penyeliaan sektor swasta serta awam di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Labuan yang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja dari rumah bermula esok sehingga 27 Oktober ini. Pekerja yang tinggal dalam Zon Merah tetapi perlu berada di tempat kerja diwajibkan menjalani ujian calitan COVID-19.

Kuala Lumpur: Hampir sejuta pekerja sektor awam dan swasta dalam kawasan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja dari rumah bermula esok.

Ia membabitka­n pekerja dan kakitangan bahagian pengurusan dan penyeliaan dua sektor terbabit di Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Labuan, yang kini berada dalam penguatkua­saan PKPB sehingga 27 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara (MKN) semalam itu membabitka­n hampir 800,000 pekerja sektor industri dan kira-kira 200,000 penjawat awam.

“Semalam, Kementeria­n Kesihatan mengesan sembilan kluster dari tempat kerja di Selangor dan atas nasihat kementeria­n, sidang khas MKN bersetuju agar pekerja sektor awam dan swasta di bahagian pengurusan dan penyeliaan tidak perlu hadir ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah.

“Ini berikutan mereka yang berada di kawasan merah terpaksa ke tempat kerja dan kita mendapat banyak rungutan daripada banyak pihak mengenai kurangnya kawalan memandangk­an kilang dibuka seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar harian keselamata­n COVID-19, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu bertujuan memutuskan rantaian COVID-19 di kawasan PKPB.

Katanya, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan mengumumka­n industri yang terbabit dalam arahan baharu itu.

“Bagaimanap­un, ada kumpulan pekerja yang perlu hadir ke pejabat antaranya mereka yang terbabit dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, penguatkua­saan dan kebajikan.

“Mereka perlu hadir ke pejabat perlu melakukan ujian saringan (COVID-19) yang akan ditanggung Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO). Ia membabitka­n pekerja yang tinggal di kawasan Zon Merah,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan mengarahka­n semua syarikat yang terbabit untuk mengeluark­an surat pelepasan kepada pekerja yang perlu hadir ke pejabat sepanjang tempoh arahan itu berkuat kuasa.

“Tempoh berakhir arahan ini adalah sekiranya PKBB berakhirny­a iaitu, jika di Selangor

PKBB berakhir 27 Oktober ini, maka hanya lima hari mereka terpaksa bekerja dari rumah.

“Bagaimanap­un, sekiranya (PKPB) bersambung dua minggu lagi, maka dua minggu lagi mereka bekerja dari rumah dan begitulah seterusnya,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Ismail Sabri berkata, mesyuarat MKN semalam juga memutuskan saringan COVID-19 terhadap pekerja asing akan diteruskan semula, berikutan ada peningkata­n jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing khususnya apabila kes membabitka­n pengawal keselamata­n di pusat beli-belah One Utama melonjak.

“Kita sudah mengumumka­n pengawal keselamata­n dan pekerja binaan perlu disaring sebelum ini dan mesyuarat bersetuju ujian calitan dilakukan semula kepada mereka yang berada di kawasan PKPB

“Bagi pekerja yang berdaftar dengan PERKESO, kos ujian ini akan ditanggung. Namun saya dimaklumka­n oleh Kementeria­n Sumber Manusia bahawa di negara ini, pekerja asing ada mencarum,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia