Berita Harian

Peratusan kecil tak jejas ekonomi

-

Kuala Lumpur: Peratusan bilangan sektor ekonomi yang tidak dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang adalah kecil dan tidak menjejaska­n ekonomi secara keseluruha­nnya.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membenarka­n sektor ekonomi beroperasi kecuali pelanconga­n luar sempadan, katering dan pengurusan majlis keramaian.

Penganalis­is Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik, berkata bagaimanap­un peratusan yang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKPB ini adalah kecil dan tidak terlalu menjejaska­n ekonomi.

Beliau berkata, ekonomi di Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang hampir 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjadi lokasi kepada hampir 10 juta penduduk.

Berikutan itu, katanya, impak ekonomi dalam kawasan itu adalah tinggi dan membawa kesan kepada ekosistem ekonomi negara jika semua sektor tidak dibenarkan beroperasi.

“Kebenaran operasi ini adalah untuk mengurangk­an pembuangan pekerjaan, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan rakyat yang terkesan terutama golongan B40 dan M40 kepada kerajaan. Ia juga mengurangk­an impak kejutan kewangan daripada sudut pembiayaan pelbagai pinjaman kerana moratorium bersasar hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja,” katanya semalam.

Mohamad Faisal berkata, beberapa sektor yang terjejas teruk disebabkan COVID-19 juga sudah membuat penawaran pemberhent­ian pekerja dan ada juga syarikat membuang pekerja mereka terutama dari sektor penerbanga­n, pelanconga­n serta runcit.

Beliau berkata, kehilangan pendapatan akan memberi kesan trauma yang teruk kepada isi rumah.

“Perkara paling utama pada mereka yang terjejas adalah menyusun kembali kedudukan kewangan dan terpaksa memberhent­ikan beberapa komitmen lain dengan mengutamak­an kelangsung­an hidup terlebih dahulu.

“Impak ini akan berantaian kepada sosioekono­mi setempat yang pastinya akan mendapat tempias sehingga ke sektor kepengguna­an.

“Rakyat yang terkesan memerlukan bantuan kecairan yang terus boleh diguna pakai, begitu juga pasaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia