Berita Harian

832 lagi kawasan terjejas dalam proses pemulihan

-

Kuala Lumpur: Sejumlah 460 atau 36 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran semalam, menerima bekalan air sepenuhnya sehingga 12 tengah hari semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri, berkata sebanyak 832 lagi kawasan yang terjejas, masih dalam proses pemulihan.

Katanya, wilayah Hulu Selangor mencatatka­n peratus pemulihan tertinggi, iaitu 88 peratus diikuti Kuala Selangor (77 peratus), Gombak (42 peratus), Petaling (37 peratus) dan Klang/shah Alam (tujuh peratus), manakala Kuala Langat dan Kuala Lumpur belum dapat dipulihkan.

“Pengguna disaran membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunaka­n air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualka­n,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Elina berkata bantuan bekalan air alternatif di pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumka­n status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselango­r.com,” katanya. BERNAMA

Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunaka­n air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualka­n.

Elina Baseri,

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia