Berita Harian

Tak terbabit Macau Scam

2 suspek ejen sedia kemudahan sindiket penipuan antarabang­sa

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Huzir Mohamed

Kuala Lumpur: Polis menafikan dua suspek yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram, terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata Addy Kanna dan Goh Leong Yeong@alvin ialah penyelaras atau ejen yang menyediaka­n kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomuni­kasi serta sambungan internet.

Katanya, sindiket itu menyasarka­n rakyat di China sebagai mangsa perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang.

Beliau berkata, suspek juga tidak dilepaskan kerana hubunganny­a dengan pemimpin politik seperti yang didakwa oleh dua individu dalam video yang tular kerana Addy Kanna masih ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, manakala Leong Yeong@alvin sedang diburu.

“Perbualan dua lelaki dalam video terbabit boleh mencetuska­n suasana tidak aman di negara ini.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

“Kedua-dua mereka ialah koordinato­r atau ejen untuk menyediaka­n kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomuni­kasi serta kemudahan internet kepada warganegar­a China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabang­sa didalangi oleh rakyat China,” katanya, di sini semalam.

Huzir berkata, polis akan mendedahka­n butiran kegiatan penipuan oleh Leong Yeong@alvin dan Addy Kanna tidak lama lagi untuk mengelakka­n salah faham dalam kalangan orang ramai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia