Berita Harian

Tiada bukti kukuh untuk dakwa Dr Mohd Khairuddin: Peguam Negara

Jabatan Peguam perjelas tiada keterangan kukuh bolehkan tindakan diambil terhadap menteri

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara menjelaska­n, keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berikutan tiada keterangan kukuh bagi memenuhi beban bukti diperlukan mengikut undang-undang.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata, borang 14b seperti yang diperuntuk­kan dalam Garis Panduan Kementeria­n Kesihatan mengandung­i perintah pemerhatia­n atau pengawasan selaras subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak pernah diserahkan kepada Mohd Khairuddin.

“Borang itu tidak pernah diserahkan kepada menteri sebelum beliau dibenarkan pulang ke rumah.

“Bagi menjadikan perbuatan melanggar perintah kuarantin di rumah sebagai satu kesalahan di bawah Akta 342, perintah pemerhatia­n atau pengawasan di rumah mesti diserahkan kepada menteri dahulu sebagai kehendak di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.

“Berdasarka­n itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukak­an pertuduhan terhadap menteri memandangk­an tiada keterangan kukuh bagi memenuhi bukti yang diperlukan di bawah undang-undang,” katanya.

Jabatan Peguam Negara berkata, hasil kajian dan penelitian terhadap keterangan yang dikemukaka­n dalam kertas siasatan mendapati, pegawai diberi kuasa menggunaka­n budi bicaranya untuk tidak mengeluark­an perintah pemerhatia­n atau pengawasan di rumah kepada Mohd Khairuddin.

“Penelitian terhadap kertas siasatan menunjukka­n menteri berlepas ke Turki pada 3 Julai lalu dan kembali ke Malaysia pada 7 Julai.

“Sejurus tiba, beliau menjalani pemeriksaa­n kesihatan untuk saringan COVID-19 dan keputusann­ya negatif lalu dibenarkan pulang ke kediamanny­a oleh pegawai Kementeria­n Kesihatan (KKM), selaku pegawai yang diberi kuasa dan dilantik di bawah Seksyen 3 Akta 342,” katanya.

Jabatan Peguam Negara berkata, Mohd Khairuddin menjalani saringan kedua pada 10 Julai di Hospital Kuala Lumpur sebelum menghadiri majlis di Istana Negara pada 17 Ogos, dan keputusan saringan adalah negatif.

“Polis menjalanka­n siasatan terperinci berdasarka­n laporan pengadu yang mendakwa beliau gagal menjalani perintah kuarantin di rumah yang sepatutnya bermula 7 Julai hingga 21 Julai, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.

“Polis selesai menjalanka­n siasatan dan hasil lengkap dikemukaka­n kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kertas siasatan polis dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum memutuskan NFA diambil.

“Kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan arahan untuk kes ini adalah ‘no further action.. NFA.

“NFA atas alasan YB Menteri (Mohd Khairuddin) tidak diserahkan Borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarka­n keterangan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak mengemukak­an sebarang pertuduhan terhadap YB Menteri (Mohd Khairuddin) memandangk­an tiada keterangan kukuh bagi mengasaska­n pertuduhan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu.

Polis menjalanka­n siasatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) susulan 27 laporan yang diterima polis berhubung perkara itu.

KKM mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkahlan­gkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia