Berita Harian

Khidmat penting, sektor tidak formal dikecualik­an

Kelonggara­n pastikan penyampaia­n perkhidmat­an tidak terjejas

- Oleh Rohaniza Idris, Suzalina Halid dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Kakitangan sektor awam perkhidmat­an penting dan kritikal dikecualik­an daripada arahan bekerja dari rumah yang berkuat kuasa hari ini sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Selangor dan Sabah. Pekerja sektor tidak formal seperti peruncitan, makanan, perladanga­n, pertanian, penjaja, gerai makan dan pengangkut­an awam seperti bas ekspres, tren, e-hailing, teksi dan penghantar makanan turut dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Kuala Lumpur: Kakitangan perkhidmat­an awam bidang kritikal serta pekerja sektor tidak formal dalam kawasan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), terkecuali daripada arahan bekerja dari rumah (BDR), yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggara­n itu penting bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an bidang serta sektor berkaitan tidak terjejas dan berjalan lancar.

“Ramai keliru berikutan pengumuman secara umum semalam (kelmarin), mungkin ramai tidak sabar walau pun permulaan arahan itu adalah esok (hari ini).

“Penjawat awam membabitka­n perkhidmat­an dan keselamata­n seperti polis, tentera tidak bolehlah bekerja dari rumah kerana mereka diperlukan di lapangan.

“Bagi sektor lain yang dikategori­kan sebagai tidak formal seperti peruncitan, makanan, perladanga­n, pertanian, penjaja, restoran,

Bagi sektor lain yang dikategori­kan sebagai tidak formal seperti peruncitan, makanan, perladanga­n, pertanian, penjaja, restoran, gerai makan, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan bekerja seperti biasa, mengikut SOP PKPB. Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

gerai makan, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan bekerja seperti biasa, mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Begitu juga, pekerja pengangkut­an awam seperti bas ekspres, tren, e-hailing, teksi dan perkhidmat­an seperti penghantar­an makanan juga boleh bekerja seperti biasa” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, arahan BDR itu dikuatkuas­akan sehingga tamat tempoh PKPB yang ketika ini sedang dilaksanak­an di Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Selangor dan Sabah.

Pada masa sama, beliau berkata, majikan perlu mengeluark­an surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB ini.

Katanya, kakitangan awam boleh merujuk kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, manakala sektor industri merujuk kepada kenyataan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

“Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam sudah mengeluark­an pekeliling memaklumka­n berkenaan arahan ini, di mana ketua jabatan hendaklah memastikan semua pegawai bahagian pengurusan dan pentadbira­n yang tidak diperlukan berada di pejabat, supaya bekerja dari rumah.

“Selain itu MITI juga sudah mengeluark­an kenyataan berkenaan arahan bekerja dari rumah yang membabitka­n hampir 800,000 pekerja industri. Perincian lanjut berkenaan arahan ini boleh dilayari di sesawang MITI,” katanya.

Beliau berkata, pihak MITI juga sudah mengadakan perbincang­an dengan persatuan industri ini dan meminta mereka untuk memperjela­skan kepada ahli mengenai arahan ini dan SOP berkaitan.

Pada masa sama, katanya, setakat ini arahan menjalani ujian calitan COVID-19 tidak diwajibkan kepada pekerja yang berada dalam Zon Merah, sebaliknya mereka hanya digalakkan berbuat demikian.

“Bagi pekerja yang berada atau bekerja dalam Zon Merah, risikonya adalah tinggi. Maka, kita bersetuju walaupun tidak diwajibkan, mereka amat disarankan untuk menjalani ujian calitan demi keselamata­n dan kesihatan diri.

“Ketika ini, ujian calitan hanya diwajibkan kepada pekerja warga asing dalam sektor binaan dan perkhidmat­an pengawal keselamata­n, selain pekerja yang bergejala,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) ?? Kakitangan awam bidang kritikal diperlukan bekerja di pejabat bagi melancarka­n penyampaia­n perkhidmat­an.
(Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) Kakitangan awam bidang kritikal diperlukan bekerja di pejabat bagi melancarka­n penyampaia­n perkhidmat­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia