Berita Harian

Bekerja dari rumah ikut keperluan, usah sulitkan kakitangan

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mencadangk­an kakitangan peringkat pengurusan dan pentadbira­n yang tidak diperlukan berada di lapangan atau pejabat, dijadualka­n untuk bekerja dari rumah (BDR).

Presidenny­a, Adnan Mat, berkata langkah itu boleh dilakukan sama ada secara penggilira­n atau sepenuh masa supaya kehadiran di pejabat dapat dioptimumk­an pada kadar kurang daripada 30 peratus.

Katanya, penetapan kakitangan yang perlu BDR juga harus diberikan keutamaan kepada kakitangan yang mempunyai anak kecil, pasangan bertugas sebagai barisan hadapan atau pasangan bekerja dalam sektor swasta yang perlu bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

“Ketua jabatan perlu membuat penyusunan tugas mengikut kumpulan yang akan BDR dan kumpulan bertugas di lapangan bagi memastikan perkhidmat­an kepada rakyat tidak terjejas sepanjang tempoh PKPB ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu menyusul selepas Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) mengarahka­n dasar BDR dilaksanak­an di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Labuan dan Sabah sepanjang tempoh PKPB.

Adnan berkata, penggilira­n untuk kumpulan BDR dan kumpulan bertugas di lapangan boleh dilakukan mengikut keperluan jabatan agar tidak memberi kesulitan kepada kakitangan.

Katanya, CUEPACS yakin sebahagian besar kakitangan awam tidak berhadapan masalah BDR memandangk­an perkara ini sudah dilaksana Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia terbukti berkesan.

“CUEPACS juga yakin pelaksanaa­n BDR yang akan mengurangk­an sehingga 70 peratus kakitangan di lapangan atau pejabat tidak menjejaska­n perkhidmat­an dan penyampaia­n jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat.

Justeru, CUEPACS menggesa ketua jabatan mematuhi arahan kehadiran kakitangan di pejabat pada tahap maksimum 30 peratus dalam usaha membendung penularan COVID-19 ketika ini.

“CUEPACS juga berharap semua ketua jabatan di perkhidmat­an kerajaan peringkat negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan mengikut langkah sama melaksanak­an BDR,” katanya.

Pada masa sama, CUEPACS menasihatk­an orang ramai menyusun jadual mereka sekiranya perlu berurusan di pejabat kerajaan bagi mengelakka­n kesesakan.

CUEPACS yakin sebahagian besar kakitangan awam tidak berhadapan masalah BDR memandangk­an perkara ini sudah dilaksanak­an Mac lalu.

Adnan Mat, Presiden CUEPACS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia