Berita Harian

Hanya perlu bekerja di pejabat tiga kali seminggu

-

Kuala Lumpur: Pekerja bahagian pengurusan dan penyeliaan sektor industri dalam kawasan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya perlu bekerja di pejabat tiga kali seminggu bermula 10 pagi hingga 2 petang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kebenaran itu diberikan selepas mengambil kira keperluan industri yang memerlukan kehadiran sebilangan kecil pekerja peringkat pengurusan dan penyeliaan.

“Maklum balas yang diterima daripada industri, seramai 776,135 orang pekerja atau 25 peratus adalah pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan. Kumpulan ini diwajibkan untuk menjalani dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) seperti diputuskan MKN.

“Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) bersetuju membenarka­n maksimum 10 peratus pekerja merangkumi antaranya tugasan yang membabitka­n kerja perakaunan, kewangan, pentadbira­n, perundanga­n, perancanga­n dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk berada di pejabat yang dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, sidang khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membincang­kan maklum balas dan situasi terkini pandemik COVID-19 serta menetapkan langkah membendung penularan COVID-19 termasuk mengarahka­n pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan dan penyeliaan bekerja di rumah berkuat kuasa hari ini.

Dalam mesyuarat itu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) berpandang­an ada keperluan mendesak memperketa­tkan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKPB dengan mengehadka­n pergerakan orang ramai, terutamany­a di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai jumlah penduduk yang padat dan menjadi antara hab perindustr­ian utama negara.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, menjelaska­n kementeria­nnya memandang serius gesaan KKM yang menasihati orang ramai untuk terus berada di rumah supaya dapat melandaika­n lengkuk jangkitan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, bagi melaksanak­an dasar BDR itu syarikat tidak perlu mengemukak­an sebarang permohonan dan majikan hanya perlu mengeluark­an surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.

“Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR yang bersesuaia­n mengikut keperluan syarikat masing-masing,” jelas beliau.

Katanya, kerajaan akan terus bekerjasam­a dengan pihak swasta dan industri dalam usaha untuk memperting­katkan pelaksanaa­n BDR sebagai norma baharu selari dengan kecanggiha­n teknologi terkini dan aplikasi atas talian.

“MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkua­saan yang tegas bagi memastikan pelaksanaa­n dan pematuhan SOP dalam kalangan pihak industri,” katanya.

Beliau juga menegaskan sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggun­gjawab, keseimbang­an di antara perlindung­an kesihatan awam dan kelangsung­an aktiviti ekonomi adalah penting untuk dicapai.

Berdasarka­n sistem pangkalan data Sistem Pengurusan Pintar MITI COVID-19 (CIMS), jumlah pekerja yang berdaftar dalam sektor pembuatan, perkhidmat­an dan pembinaan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya adalah seramai 3.1 juta orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia