Berita Harian

Saringan Prihatin diperluas ke semua negeri kena PKPB

-

Kuala Lumpur: Program Saringan Prihatin (PSP) diperluask­an kepada semua pencarum Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKSEO) di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Peluasan capaian PSP oleh PERKESO mencakupi pencarum di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan itu akan berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, ketika mengumumka­n perkara itu menjelaska­n, majikan boleh menjalanka­n saringan COVID-19 untuk pekerja secara percuma melalui panel perkhidmat­an yang dilantik PERKESO.

“Mereka hanya perlu buat janji temu saringan dan kemukakan maklumat lengkap kepada panel perkhidmat­an. Senarai Panel Perkhidmat­an PERKESO boleh diperoleh dalam direktori panel perkhidmat­an yang dipaparkan di portal https://psp.perkeso.gov.my.

“Proses saringan boleh dilakukan di klinik, makmal atau di premis pekerjaan. Hanya saringan melalui panel perkhidmat­an ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.

“Saringan COVID-19 juga boleh dijalankan melalui kaedah subsidi saringan prihatin. Kos saringan hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Saravanan berkata, majikan boleh mengemukak­an permohonan untuk subsidi saringan COVID-19 melalui portal https://psp.perkeso.gov.my dengan menyertaka­n resit bayaran.

Katanya, PERKESO akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150 bagi setiap pekerja yang menjalani saringan COVID-19 di panel perkhidmat­an.

“Kedua-dua kemudahan itu terhad untuk dijalankan melalui majikan saja. Peluasan capaian PSP PERKESO ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor atau industri.

“Pencarum yang pernah menjalani saringan PSP boleh buat saringan semula. Majikan dan pekerja diingatkan untuk mematuhi

M Saravanan

prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sewaktu menjalani ujian saringan COVID-19 supaya proses selamat dan tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh die-mel ke hsp@perkeso.gov.my atau menghubung­i 1-300-22-8000 dan 03-4264 5089,” katanya.

Saravanan berkata, kementeria­nnya berharap kemudahan itu berupaya membantu usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia