Berita Harian

Tiga lagi lokasi dikenakan PKPD

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di tiga lokasi baharu iaitu dua di Seberang Perai, Pulau Pinang dan satu di Sandakan, Sabah.

Lokasi itu membabitka­n Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Seberang Perai, Sungai Jawi di Seberang Perai Selatan (SPS) serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Taman Sandakan, Sabah.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Penjara Seberang Perai berkuat kuasa mulai hari ini hingga 4 November, manakala di PPR Harmoni bermula esok hingga 5 November depan.

Katanya, arahan itu bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk dan mempermuda­hkan pelaksanaa­n ujian saringan COVID-19 terhadap individu bersasar di penjara terbabit.

“Seramai 3,362 individu terbabit, masing-masing 2,110 banduan, manakala 1,000 kakitangan penjara dan keluarga yang mendiami kuarters, kakitangan tidak mendiami kuarters (120) dan kakitangan awam (32).

“Tahanan bakal dibebaskan dalam tempoh PKPD akan diasing dan dikuaranti­n di tempat diputuskan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri, iaitu di Institut Latihan Kecemerlan­gan MARA, SPS sehingga tamat tempoh kuarantin.

“Prosedur operasi standard (SOP) hampir sama, tiada keluar masuk di kawasan penjara dan juga sebaliknya, selain keluarga tak dibenarkan melawat banduan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengenai PKPD di PPR Harmoni, Ismail Sabri berkata, ia membabitka­n 4,481 penduduk di 870 unit kediaman.

Katanya, penduduk tidak dibenarkan keluar kecuali bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, selain perlu mengemukak­an permohonan pergerakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk terbabit, manakala bekalan keperluan makanan akan diagihkan kerajaan negeri yang akan diselarask­an Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), pihak berkuasa tempatan dan pegawai diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terbabit,” katanya.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Penjara Seberang Perai antara lokasi baharu PKPD.
(Foto Danial Saad/bh) Penjara Seberang Perai antara lokasi baharu PKPD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia