Berita Harian

KKM tingkat bantuan sokongan emosi, psikologi

Hilang kerja, bimbang dijangkiti wabak antara paling banyak aduan diterima

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bharian.com.my

Kuala Lumpur: Masalah di tempat kerja, hilang pekerjaan dan bimbang dijangkiti wabak antara masalah paling banyak aduan daripada orang ramai kepada Talian Sokongan Psikososia­l, sejak 25 Mac lalu.

Talian sokongan diwujudkan Perkhidmat­an Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososia­l (MHPSS) itu menerima 36,269 panggilan dan 50 peratus daripadany­a adalah berkaitan keperluan sokongan emosi dan kaunseling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sokongan emosi itu adalah berkaitan perasaan stres, bimbang, marah dan murung.

“Antara sebab mereka membuat panggilan disebabkan faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada pendapatan, masalah hubungan, persepsi negatif orang sekeliling, bimbang kepada jangkitan dan masalah tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata 14.7 peratus panggilan adalah untuk mendapatka­n maklumat mengenai COVID-19, isu rumah tangga/keganasan rumah tangga (8.8 peratus), keperluan asas/bantuan kewangan/sumbangan (6.8 peratus), aduan (3.3 peratus), masalah psikiatri (2.2 peratus) dan isu kesihatan (1.1 peratus).

Katanya, menyedari situasi semasa di Sabah, KKM mengambil tindakan memperting­katkan liputan MHPSS khas untuk warga negeri itu, terutama kepada mereka yang memerlukan sokongan dalam krisis itu.

“Talian boleh diakses melalui nombor 088 338088 untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat sokongan emosi dan bantuan awal psikologi.

“KKM juga menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling kepada anggota barisan hadapan di lapangan bagi mengenal pasti mereka yang mulai alami kelesuan minda dan membantu dari aspek kesihatan mental,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kurang pendidikan dan kefahaman terhadap wabak COVID-19 dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi antara kekangan utama dihadapi petugas kesihatan untuk menjalanka­n saringan terhadap mereka di Sabah.

Katanya, masalah itu banyak berlaku terutama di kawasan yang jauh di pedalaman serta perkampung­an air.

“Mereka (penduduk) kurang pemahaman berbanding penduduk di Semenanjun­g. Kami berdepan isu apabila mahu menghantar mereka yang tidak bergejala tetapi didapati positif ke hospital.

“Kami juga melihat kepada isu keselamata­n contohnya di kampung air. Justeru, kami perlu bekerjasam­a dengan pasukan polis dan tentera.

“Mereka enggan ke hospital kerana tidak bergejala atau menunjukka­n kurang bergejala,” katanya pada sidang akhbar harian, semalam

Katanya, ada juga penduduk melarikan diri apabila ternampak petugas kesihatan datang ke perkampung­an mereka, memandangk­an sempadan di kampung air adalah poros dan mudah ditembusi.

Kementeria­n Kesihatan (KKM) menggalakk­an bekas pesakit COVID-19 mewujudkan kumpulan sokongan antara sesama mereka.

Katanya, ia bagus bagi membolehka­n mereka berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi.

“Bagus mereka untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman, contohnya bagaimana untuk mengatasi penyakit itu dan apa yang berlaku kepada mereka seperti keletihan mental atau stigma yang dihadapi sebagai pesakit,” katanya.

KKM juga bersedia membantu kumpulan bekas pesakit itu dan memberi panduan yang diperlukan, selain memantau mereka bagi melihat apa komplikasi yang berkaitan dengan jangkitan dihadapi sebelum ini.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia