Berita Harian

Sesi Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh ikut norma baharu

-

Ipoh: Pelajar menghadiri sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP) tidak perlu bimbang hadir ke sekolah kerana pihak pengurusan sekolah melaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan, sesi persekolah­an secara norma baharu berjalan lancar.

Pengetua Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh, Raja Yusoff Raja Baniamin, berkata sejak hari pertama sekolah dibuka semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya sentiasa mematuhi garis panduan dikeluar Kementeria­n Kesihatan serta Kementeria­n Pendidikan.

“Sekolah ini mempunyai jumlah seramai 237 pelajar dan 39 tenaga pengajar. Setakat ini, kami tidak ada sebarang masalah untuk menerapkan suasana pembelajar­an norma baharu dan pihak sekolah memandang serius pematuhan setiap SOP dengan menggunaka­n garis panduan ditetapkan,” katanya ketika ditemui di sekolah yang terletak di Lebuh Jansz di sini, baru-baru ini.

Raja Yusoff berkata, setiap hari sebelum sesi pembelajar­an bermula, setiap pelajar diwajibkan melakukan imbasan Kod QR dan kemudian mengimbas suhu.

Katanya, sekiranya suhu mencecah 37.5 celsius, bacaan akan diambil tiga kali dan jika masih tinggi, pihak sekolah memintanya pulang ke rumah.

“Kita mempunyai 14 kelas dengan kapasiti maksimum 20 hingga 25 pelajar satu kelas, jadi kita memang tiada masalah dari aspek penjarakan sosial.

“Bagi pelajar Tingkatan Enam Atas, jadual anjal dan memerlukan pergerakan, justeru kita mengubah jadual untuk meminimumk­an pergerakan pelajar manakala Tingkatan Enam Bawah pula tiada masalah kerana mengikut jadual kelas biasa,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya perlu penggabung­an kelas yang membabitka­n pelajar lebih ramai, sesi pembelajar­an akan diadakan di dewan, auditorium, bilik khas dengan tetap mengikut SOP.

Raja Yusoff berkata, selain itu cecair pembasmi kuman disediakan di setiap kelas dan kelas disanitasi dua kali, iaitu pada sebelah pagi sebelum sesi PDP dan selesai sesi pembelajar­an pada sebelah petang.

Ketua Pelajar, Muhammad Aniq

Pihak sekolah memandang serius pematuhan setiap SOP dengan menggunaka­n garis panduan ditetapkan.

Raja Yusoff Raja Baniamin, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh

Haikal Zamri, berkata, melalui SOP tegas ditetapkan, sebagai pelajar dia berasa selamat menjalani pembelajar­an.

“Saya juga diberikan amanah oleh guru untuk mengingatk­an rakan lain pematuhan SOP di luar kelas.

“Ibu bapa perlu percaya dengan anak kerana sekolah juga ada langkah sewajarnya untuk menjaga pelajar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia