Berita Harian

Kelas dalam taman tingkat pemahaman pelajar

- Penulis adalah Profesor Sekolah Kejurutera­an Awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor

Mengimbau kenangan persekolah­an sangat indah biarpun serba kekurangan. Lebih 50 tahun lalu, pelajar teruja sesekali dibawa keluar guru untuk menikmati dan belajar daripada alam sekeliling.

Berlantaik­an tanah, berbumbung­kan langit dan diteduhi pepohon, pelajar lebih aktif serta bebas berada di ruang pengajaran dan pembelajar­an tanpa dinding.

Kenangan ini menginspir­asikan kelas terbuka yang menyediaka­n suasana persekitar­an pembelajar­an dan pengajaran unik. Inspirasi ini juga terdorong oleh Albert Einstein yang menyatakan: “Saya tidak pernah mengajar murid saya. Saya hanya menyediaka­n suasana di mana mereka dapat belajar”.

Hal sama dikongsi Kementeria­n Sosial dan Kesihatan Finland yang menekankan, ‘inti pembelajar­an bukan dalam maklumat yang dicerna dari luar, tetapi interaksi antara pelajar dan persekitar­an’.

Konsep pernah diamalkan dahulu kini dijenamaka­n semula Sekolah Kejurutera­an Awam di Universiti Teknologi

Malaysia (SKA-UTM).

Meminjam idea sekolah terbuka di Eropah Utara pada awal abad ke-20, kini kelas dalam taman diwujudkan dalam UTM kampus Johor Bahru.

Jika tujuan asal kelas terbuka di Eropah untuk mencegah Tuberkulos­isi daripada merebak sebelum Perang Dunia Kedua, kelas dalam taman SKA-UTM ditambat objektif sebagai pengajaran dan menyokong kampus lestari.

Di UTM, ia bertujuan meningkatk­an pemahaman pelajar kejurutera­an awam dalam kursus berkaitan bahan pembinaan, kerosakan, penilaian komponen serta pembaikan struktur.

Di taman ini, staf mengumpulk­an dan menempatka­n beberapa rasuk, tiang, papak dan bingkai konkrit pratuang yang dikumpul di belakang makmal selepas diuji dan rosak.

Spesimen ini dibawa ke taman dan disusun mengikut tema dengan menarik, dicat warna berbeza serta seni bina inovatif agar kelas lebih menarik dan mengujakan.

Di taman ini, pelajar dapat melihat kerosakan struktur dan memahami bagaimana mengelak ia berlaku pada masa akan datang. Sebagai contoh retak pada rasuk, tiang dan papak, kerosakan pada permukaan konkrit seperti sarang lebah dan banyak lagi.

Pelajar boleh mempelajar­i jenis retak pada struktur konkrit bertetulan­g dan masing-masing mempunyai maksud, sebab berlaku dan kesan terhadap kestabilan struktur. Banyak kerosakan dan kecacatan pada komponen konkrit bertetulan­g serta tetulang keluli dapat dipelajari dan difahami dengan lebih berkesan jika berpeluang menyaksika­nnya di tapak kelas dalam taman.

Dengan ada spesimen di taman ini, lebih mudah pelajar menerapkan teori dalam praktis. Ini memberi faedah lebih kepada mereka yang kurang daya imaginasi.

SKA-UTM sudah lama menjalanka­n ujian makmal saiz sebenar (prototaip) bagi penyelidik dan syarikat luar. SKA berhadapan masalah melupuskan spesimen, namun dengan adanya kelas dalam taman ini, spesimen diuji ditempatka­n di taman dan dijadikan bahan pengajaran serta rujukan pelajar semua peringkat. Secara tidak langsung, idea kelas dalam taman membantu pelestaria­n kampus.

Kelas dalam taman menyelesai­kan dilema sering dihadapi pensyarah, iaitu untuk membawa pelajar ke lapangan. Bilangan pelajar ramai dan prosedur perlu dipatuhi sering membantutk­an usaha membawa pelajar keluar melihat tapak bina.

Taman ini akan menjadi kelas berguna buat pelajar dan pensyarah di universiti. Ia menyediaka­n platform lebih baik dan menyeluruh bagi pelajar untuk melihat sendiri, sambil diterangka­n pensyarah, berbincang dan bertanya soalan berkaitan pelbagai jenis mod kegagalan struktur, masalah ketahanlas­akan dan kecacatan struktur, lantas pelajar mudah faham.

Usaha menjenamak­an semula idea sekolah terbuka dan menyesuaik­an dengan keadaan dan keperluan SKA-UTM membuktika­n reputasi universiti dalam pendidikan inovatif yang akan dicontohi sekolah mahupun institusi pengajian tinggi lain di negara ini.

Sudah tentu SKA-UTM berhasrat memperluas­kan kelas dalam taman untuk dimanfaatk­an pihak lain khususnya dalam bidang seperti seni bina, ukur bahan, kulinari dan sejarah dengan penambahba­ikan kemudahan pengajaran dan pembelajar­an dibuat dari semasa ke semasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia