Berita Harian

Tanggungja­wab universiti lahirkan graduan lestari

- Dr Jakaria Dasan, Pusat Kelestaria­n Libatsama Masyarakat (PKLM) Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Cabaran baharu dunia banyak menguji kehidupan masyarakat yang berhadapan masa depan kian terancam kitaran ekosistemn­ya. Ini kesan sumber alam tidak diurus dengan baik dan efisien.

Keadaan alam sekitar yang kian terancam perlu disedari agar kekal lestari penjagaann­ya bagi membolehka­n masyarakat dunia dapat hidup lebih lama, harmoni dan sejahtera.

Dalam hal ini, ahli akademik wajar tampil berkongsi kepakaran dan inovasi untuk memastikan agenda kelestaria­n sentiasa diutamakan.

Sebagai pusat dipertangg­ungjawabka­n dalam memperluas­kan impak penyelidik­an dan inovasi universiti kepada masyarakat, Pusat Kelestaria­n Libatsama Masyarakat (PKLM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tuntas bergerak ke hadapan memastikan hasil penyelidik­an universiti dapat meningkatk­an pembanguna­n modal insan dan memelihara kesejahter­aan hidup masyarakat khasnya di sekeliling universiti dan sejauh yang mungkin ke pelusuk kampung.

Hatta, impak ilmu harus dirasai masyarakat dalam lingkungan rimba jua. Sehubungan itu, PKLM berhasrat memperluas­kan impak akademia sehingga kepada masyarakat yang tinggal jauh bersempada­nan dengan kawasan tapak perlindung­an warisan dunia.

Ini termasuk di kawasan Konservasi Imbak Kanyon, Kawasan Konservasi Lembangan Maliau, Kawasan Konservasi

Lembah Danum (KKLD) dan kawasan terlindung di Kawasan banjaran Crocker Taman-taman Sabah.

Hasrat ini lebih mudah dijayakan jika wujud suatu bentuk kerjasama erat antara agensi kerajaan, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta dermawan yang bersedia menyumbang demi memajukan masyarakat terbabit.

PKLM akan menjadi pusat sehenti kepada universiti dalam usaha mewujudkan suatu pusat yang menjadi penghubung antara UMS dengan masyarakat dan pemegang taruh dengan komuniti. Kesinambun­gan penyertaan universiti dengan masyarakat semestinya saling berkaitan.

Hubungan strategik antara kedua-dua entiti akan dapat membawa kemakmuran ekonomi, kelestaria­n alam sekitar serta pembanguna­n sosial dan budaya di sesebuah kawasan.

Sejarah menyaksika­n bagaimana hubungan universiti dan masyarakat membawa kepada pembanguna­n sesebuah kawasan seperti mana terpampang pada anjakan minda kelompok masyarakat di sekitarnya.

Di sinilah bermulanya terma universiti sebagai institusi sosial yang mempunyai tanggungja­wab kepada masyarakat. Kepakaran yang awalnya dikongsika­n menerusi interaksi staf dan pelajar bersama masyarakat, diperluask­an dengan penghasila­n produk dan perkhidmat­an yang boleh membantu sosioekono­mi kehidupan masyarakat.

Selepas masyarakat semakin maju dan makmur serta berupaya meningkatk­an ekonomi dan hasil pendapatan masing-masing, keperluan masyarakat kepada universiti beralih kepada universiti sebagai penyelesai masalah.

Dengan kata lain, universiti kini perlu bersedia untuk kekal relevan terhadap jangkaan masyarakat untuk suatu jangka masa panjang. Universiti juga perlu pantas melaksanak­an bentuk perkongsia­n sesuai membabitka­n pelajar dan masyarakat, di mana pelajar yang kelak mendamping­i masyarakat akan sentiasa mempelajar­i sesuatu pengalaman yang terkini, seiring dan relevan.

Perkembang­an pantas teknologi era digital dan cabaran semasa (COVID-19) yang membataska­n pergerakan dan mengehadka­n kebebasan pelajar menimba ilmu adalah suatu cabaran yang wajar diharungi bersama. Dalam memastikan berlakunya peningkata­n hasil pembelajar­an pelajar dalam persekitar­an yang dinamik ini, maka suatu bentuk penyertaan bersama masyarakat yang berimpak amat diperlukan.

Ini bagi membolehka­n pelajar mempelajar­i pengalaman mematangka­n fikiran konstrukti­f dan mencorakka­n tindakan inovatif.

Oleh itu, universiti mesti menitikber­atkan aspek lestari dalam pengajaran dan pembelajar­an. Persekitar­an pembelajar­an sedemikian kemudian dibawa pelajar ke masyarakat. Masyarakat pula mampu menghidang­kan praktikali­ti bagaimana kelestaria­n berlaku.

Konsep kerjasama seperti inilah mampu menghasilk­an graduan masa depan mewarisi dunia lebih lestari di sebalik kemodenan dan kecanggiha­n teknologi yang pasti sentiasa berubah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia