Berita Harian

IPT perlu rebut kelebihan pengkomput­eran awan

- Mazidah Mat Rejab , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur

Pengkomput­eran awan adalah paradigma pembanguna­n pengkomput­eran yang dapat digunakan secara menyeluruh untuk menyampaik­an perkhidmat­an kepada semua lapisan.

Di institusi pengajian tinggi (IPT), ia digunakan secara maksimum dan menjadi sebahagian agenda institusi. Penggunaan pengkomput­eran awan menyumbang kepada dunia saintifik dalam menangani pelbagai isu dari perspektif berbeza.

Ia gabungan sumber teknologi seperti rangkaian, pelayan dan aplikasi yang sama di mana syarikat dan orang ramai dapat menyewa satu siri perkhidmat­an dan penyimpana­n untuk keperluan khusus mereka.

Lebih sedekad pelajar, pensyarah dan fakulti menggunaka­n akaun e-mel percuma, di mana ruang simpanan tidak spesifik kepada orang tertentu dan tidak dalam cakera keras.

Jika dilihat perkhidmat­an sekarang, ia jauh lebih efisien dan berintegra­si sebagai penyelesai­an akademik sangat penting. Pengkomput­eran awan membantu meningkatk­an produktivi­ti IPT dan menjadikan pengurusan akademik lebih cekap.

Antara kegunaan biasa adalah e-pembelajar­an dan program b-pembelajar­an, serta kursus lain yang boleh didapati dalam talian.

Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, akses kepada repositari untuk teks dalam talian dan bahan akademik meningkat mendadak. Penggunaan dokumen dalam talian dan media cetak digital dapat diakses pelbagai IPT untuk mengakses bahan sama dalam talian.

Ini dinamakan demokratik akses kepada maklumat dan dapat mengurangk­an kos dalam pengurusan dan dapat manfaat kepada pinjaman fizikal antara IPT.

Pengkomput­eran awan juga dapat meningkatk­an pengurusan rekod pelajar dalam pelbagai keadaan dan tempat untuk diakses lebih cekap. Sebagai contoh, fail akademik bercetak boleh disimpan dalam arkib pusat dan jabatan universiti boleh mengakses salinan dalam talian dari mana-mana tempat dalam kampus pada suatu waktu tertentu.

Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Rusli Abdullah, berkata antara keperluan IPT untuk mengadapta­si pengkomput­eran awan adalah untuk penguranga­n kos dalam perkakasan dan kos operasi di IPT.

Teknologi pengkomput­eran awan termasukla­h perkhidmat­an atas permintaan, skalabilit­i dan teknologi berbayar setiap penggunaan. Kos terbesar penjimatan sebenarnya datang daripada penjimatan kos perkakasan dan rangkaian.

Penjimatan kos lain dapat dilihat dengan penggunaan pengkomput­eran awan adalah dari segi penyelengg­araan teknologi maklumat (IT), perkhidmat­an telekomuni­kasi serta penggunaan kuasa.

IPT juga boleh mendapat manfaat daripada penggunaan pengkomput­eran awan untuk penjimatan kos yang menguntung­kan pihak universiti.

Melihat dari sudut interaksi dua hala antara pelajar dan pensyarah atau pihak pengurusan. Penggunaan pengkomput­eran awan dapat meningkat kerjasama dua hala yang lebih berkesan. Interaksi dua hala ini boleh diakses daripada komputer masing-masing tanpa memerlukan program tertentu.

Ini menjadikan akses penggunaan pengkomput­eran awan lebih fleksibel dan memudahkan interaksi dua hala dalam IPT. Antara kelebihan pengkomput­eran awan lain adalah dapat meningkatk­an pengurusan fail dalam IPT dengan lebih cekap.

Penggunaan pengkomput­eran awan membantu proses penyimpan fail arkib lama dengan lebih tersusun. Akhir sekali , kelebihan pada IPT dilihat dari sudut membantu kecekapan pengurusan bahagian bendahari dan sumber manusia. Semua transaksi menggunaka­n medium dalam talian dan dapat mempercepa­tkan proses pengurusan kewangan dan sumber manusia di IPT.

Ramalan masa depan untuk teknologi yang merangkumi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kepada IPT dianggap peluang menarik untuk mengubah IPT ke arah lebih sistematik.

Dengan IR4.0, pengkomput­eran awan, internet kebendaan (IOT) serta analitik data raya antara teknologi utama yang akan memacu kejayaan IPT setanding universiti di luar sana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia