Berita Harian

Sedia tambah dana pulih ekonomi

Kementeria­n Kewangan salur peruntukan RM1.7B perangi penularan COVID-19

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan sekiranya diperlukan, bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang terjejas disebabkan penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, beberapa hari lalu, Kementeria­n Kewangan memperuntu­kkan RM1.7 bilion bagi memerangi penularan COVID-19 yang disalurkan melalui 14 kementeria­n dan kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan, melalui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyalurka­n peruntukan tambahan sebanyak RM44 juta untuk mengukuhka­n barisan hadapan kesihatan negeri Sabah.

“Selain itu, kerajaan melalui Majlis Keselamata­n Negara (MKN) baru-baru ini juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) .

“Kedua-dua peruntukan tambahan ini selaras komitmen bagi memastikan kesiapsiag­aan dalam menghadapi peningkata­n jangkitan COVID-19 di seluruh negara.

“Kerajaan sentiasa memantau perkembang­an semasa dan bersedia untuk menambah peruntukan sekiranya diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam

Laporan LAKSANA Ke-26 pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Tengku Zafrul berkata, Kementeria­n Kewangan juga sedang dalam proses merangka Belanjawan 2021 yang bakal dibentangk­an pada 6 November ini dengan mengadakan sesi bersama semua kementeria­n bagi mempertimb­angkan cadangan dan keperluan pengeopera­sian serta pembanguna­n.

Beliau berkata, Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama yang bertujuan untuk melindungi, memulih dan menjamin kesejahter­aan rakyat, kelangsung­an perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Kelangsung­an ekonomi, katanya, akan tetap diberikan perhatian dalam memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan.

Justeru, beliau berkata kerajaan menggesa agar rakyat bersama-sama memerangi COVID-19 dengan sentiasa patuh kepada amalan norma baharu dengan

Kedua-dua peruntukan tambahan ini selaras komitmen bagi memastikan kesiapsiag­aan dalam menghadapi peningkata­n jangkitan COVID-19 di seluruh negara.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

mempraktik­kan amalan penjarakan fizikal, menjaga kebersihan dan kesihatan serta kawalan kendiri dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kerajaan menjamin kesejahter­aan rakyat, kelangsung­an perniagaan dan ketahanan ekonomi penularan pandemik COVID-19. menghadapi
(Foto hiasan) Kerajaan menjamin kesejahter­aan rakyat, kelangsung­an perniagaan dan ketahanan ekonomi penularan pandemik COVID-19. menghadapi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia