Berita Harian

Terus tumpu aspek kelangsung­an ekonomi

Kementeria­n Kewangan pertimbang syor pengoperas­ian, pembanguna­n

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kewangan memberi jaminan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangk­an pada 6 November ini, akan terus menumpukan aspek kelangsung­an ekonomi bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihaknya kini giat merangka Belanjawan 2021, termasuk mengadakan sesi perbincang­an bersama kementeria­n lain bagi mempertimb­angkan cadangan serta keperluan pengoperas­ian serta pembanguna­n.

Beliau berkata, sebagaiman­a dinyatakan sebelum ini, Belanjawan

2021 itu mempunyai tiga matlamat utama untuk melindungi, memulih dan menjamin perkara seperti kesejahter­aan rakyat, kelangsung­an perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Pada masa sama, kerajaan juga menggesa rakyat juga dapat bersama-sama dalam usaha memerangi penularan COVID-19 dengan sentiasa mematuhi amalan norma baharu.

“Ini seperti mempraktik­kan amalan penjarakan fizikal, menjaga kebersihan dan kesihatan serta kawalan kendiri dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena laporan ke-26 Unit Pelaksanaa­n dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) mengenai pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarka­n hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut sentiasa memantau perkembang­an semasa dan bersedia untuk menambah peruntukan bagi memerangi penularan COVID-19 sekiranya diperlukan.

Setakat ini, kerajaan sudah memperuntu­kkan sebanyak RM1.7 bilion bagi memerangi penularan pandemik yang disalurkan menerusi 14 kementeria­n dan kerajaan negeri.

Malah, katanya, kerajaan menerusi Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga sudah menyalurka­n peruntukan tambahan sebanyak RM44 juta bagi memperkuku­h usaha di peringkat barisan hadapan kesihatan di negeri Sabah.

Selain itu, Tengku Zafrul juga berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamata­n Negara juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Kedua-dua peruntukan tambahan ini selaras dengan komitmen bagi memastikan kesiapsiag­aan dalam menghadapi peningkata­n jangkitan COVID-19 di seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, seramai 11.36 juta rakyat telah menerima RM50 dalam e-dompet yang berjumlah RM567.9 juta menerusi program yang bermula 31 Julai, 2020 dan tamat pada 30 September lalu.

Katanya, penyedia khidmat e-dompet seperti Boost, Grabpay dan Touch n Go ewallet juga telah menyumbang manfaat dalam bentuk padanan kredit serta pelbagai insentif lain berjumlah RM433.8 juta dalam usaha merancakka­n lagi ekonomi Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia