Berita Harian

Kuota haji, umrah antara dibincang

Kerajaan sentiasa pastikan hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kuota haji tahun depan untuk rakyat negara ini ialah antara perkara akan dibincangk­an melalui Jawatankua­sa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata perkara lain turut dibincangk­an ialah jumlah rakyat Malaysia dibenar mengerjaka­n umrah apabila Kerajaan Arab Saudi membenarka­n pelaksanaa­n semula ibadat itu kelak.

“Sebentar tadi (semalam), saya menerima pelawaan (Menteri Luar) Datuk Seri Hishammudd­in

Hussein yang ingin mendapatka­n pandangan saya berhubung Jawatankua­sa Strategik Peringkat Tertinggi bagi memperkuku­h kerjasama antara Malaysia dengan Arab Saudi.

“Alhamdulil­lah, saya dan Hishammudd­in senada bahawa banyak usaha sama boleh dilaksanak­an menerusi jawatankua­sa ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Hishammudd­in berkata, Malaysia dan Arab Saudi mencapai persetujua­n menubuhkan Jawatankua­sa Strategik Peringkat Tertinggi bagi mengukuhka­n kerjasama pelbagai bidang yang menyentuh kepentinga­n bersama.

Jawatankua­sa strategik dua negara itu akan dipengerus­ikan oleh Hishammudd­in dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, bantuan Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia yang daif dan kurang berkemampu­an untuk menunaikan umrah, akan turut dibincangk­an melalui jawatankua­sa itu.

“Perkara lain mencakupi kerjasama pendidikan dan penyelidik­an, khususnya berkaitan keagamaan.

“Seterusnya, merancakka­n kembali aspek pelanconga­n, terutama di Arab Saudi melalui kehadiran rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah.

“Selain itu, memperkasa­kan usaha membantu lebih ramai umat Islam di rantau ASEAN,” katanya.

Beliau sekali gus memaklumka­n, kerajaan sentiasa memastikan hubungan antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya.

Bantuan Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia yang daif dan kurang berkemampu­an untuk menunaikan umrah, turut dibincangk­an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 ?? (Foto hiasan) ?? Kuota rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji dan umrah tahun depan antara dibincang melalui Jawatankua­sa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-arab Saudi.
(Foto hiasan) Kuota rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji dan umrah tahun depan antara dibincang melalui Jawatankua­sa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-arab Saudi.
 ??  ?? Zulkifli Mohamad Al-bakri,
Zulkifli Mohamad Al-bakri,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia