Berita Harian

Objektif penubuhan dicapai lebih awal

-

Kuala Lumpur: Pengoperas­ian Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox’s Bazar, Bangladesh, yang sepatutnya berlangsun­g hingga Disember 2021, ditamatkan lebih awal pada Mac lalu kerana objektif penubuhan hospital itu sudah tercapai.

Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan, semalam, berkata penarikan keluar operasi itu tidak memberi kesan terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dengan Bangladesh serta imej negara.

“Sejak pengoperas­ian pada November 2017 hingga Mac lalu, HMM mencatat jumlah keseluruha­n kehadiran pesakit mencecah 108,038 orang dengan petugas telah melaksanak­an lebih 3,500 pembedahan, termasuk lebih 900 pembedahan berisiko tinggi.

“Kehadiran pesakit juga pernah mencapai 8,763 orang sebulan, iaitu jumlah bulanan tertinggi, pada November 2018.

“Jumlah kehadiran pesakit bulanan bagaimanap­un menunjukka­n trend menurun dengan 1,690 orang saja mendapatka­n rawatan di situ pada Februari tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan

Hospital Medan Malaysia

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata operasi HMM di kem pelarian Cox’s Bazar ditamatkan lebih awal pada 26 Mac lalu atas beberapa faktor.

Ia termasuk penularan COVID-19 di Bangladesh, penurunan ketara jumlah kes dan kecederaan kecemasan, serta pertambaha­n bilangan hospital medan yang beroperasi di sana.

Affendi juga dipetik sebagai berkata, pengoperas­ian HMM pernah diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai HMM Tahap 3 terbaik, iaitu HMM menjadi pusat rujukan bagi hospital lain di sekitar Cox’s Bazar.

Menurut kenyataan itu lagi, trend penurunan adalah berikutan keadaan di kawasan kem pelarian semakin stabil dan tahap kesihatan pelarian Rohingya kian

Affendi Buang

 ?? (Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh) ?? yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan di Cox Bazar, Bangladesh yang ditamatkan awal pada Mac lalu.
(Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh) yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan di Cox Bazar, Bangladesh yang ditamatkan awal pada Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia