Berita Harian

Perniagaan ICT jadi ‘vendor’ sindiket penipuan antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Dalang utama kegiatan judi dalam talian yang kini diburu polis dipercayai menggunaka­n empayar perniagaan peralatan komputer dan komunikasi miliknya untuk mengkoordi­nasi aktiviti sindiket penipuan antarabang­sa di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata semakan mendapati suspek, Goh Leong Yeong atau Alvin mempunyai beberapa syarikat berdaftar yang beroperasi di sebuah plaza beli-belah barangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di ibu negara.

“Kita tidak menolak kemungkina­n Alvin menggunaka­n perniagaan miliknya itu dengan menjadi ‘vendor’ kepada sindiket penipuan antarabang­sa, selain rakan kongsi di sebuah pusat hiburan di ibu kota.

“Semalam (kelmarin), polis Kuala Lumpur turut menyerbu sebuah syarikat milik Alvin di plaza beli-belah barangan ICT itu,” katanya ketika sidang media. semalam.

Mengulas lanjut, katanya Alvin dan seorang lagi suspek dikenali Addy Kanna yang kini dalam tahanan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA)

1959, digunakan sindiket judi dalam talian didalangi warga China dan Indonesia.

“Sindiket dikaitkan Addy Kanna berkonsepk­an ‘pusat panggilan’ antarabang­sa yang menjalanka­n aktiviti mempromosi­kan judi dalam talian, selain ada yang memperdaya mangsa untuk membuat pelaburan dalam pertukaran mata wang asing.

“Apa yang kita tahu, Alvin dan Addy Kanna berperanan sebagai koordinato­r dan ejen untuk menyediaka­n kemudahan menyewa premis, menyediaka­n kemudahan komunikasi, termasuk kemudahan internet dan lain-lain kemudahan logistik kepada sindiket.

“Soal siasat dilakukan mendapati wujud elemen scam (penipuan) dalam aktiviti sindiket dan siasatan lanjut akan diteruskan JSJ, selain Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk tindakan,” katanya mengesahka­n Addy Kanna pernah dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat (EO) berkaitan kes samun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia