Berita Harian

Polis siasat pembabitan ahli politik

-

Kuala Lumpur: Polis masih menyiasat pembabitan ahli politik dalam kes pengubahan wang haram yang dilaburkan dalam perniagaan sah dijalankan beberapa selebriti tanah air.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan setakat ini tidak menemui sebarang kaitan kegiatan berkenaan dengan mana-mana ahli politik.

“Kita akan siasat, sekiranya ada (pembabitan ahli politik) tindakan akan diambil. Buat masa ini, masih belum ada (kaitan),” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Mengulas tiga suspek ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan kes judi dalam talian baru-baru ini, Huzir berkata, mereka kini ditahan reman selama 21 hari untuk membantu siasatan.

“Selepas habis tempoh 21 hari, kita akan memohon sambungan reman selama 38 hari mengikut Seksyen 4(2)(a) POCA 1957 pula.

“Hasil siasatan awal mendapati tiga individu ini terbabit kegiatan judi dan penipuan dalam talian serta memperdaya orang ramai untuk membuat pelaburan mata wang asing,” katanya.

Ditanya mengenai dalang utama sindiket dikenali Goh Leong Yeong atau Alvin yang melarikan diri di bangunan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tempoh hari, beliau usaha memburu giat dilakukan.

“Semalam kita (polis) buat ser

Huzir pada sidang media

buan ke atas sebuah premis perniagaan milik suspek di sebuah plaza beli-belah barangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di ibu negara.

“Kita juga buat tangkapan ke atas seorang lelaki di sebuah lokasi di Lembah Klang dipercayai ada kaitan dengan suspek,” katanya.

Baru-baru ini, SPRM membongkar kegiatan ‘cuci duit’ oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian berpangkal­an di China dengan melaburkan wang hasil kegiatan haram itu dengan menawarkan bantuan, modal memulakan perniagaan termasuk dijalankan selebriti tempatan.

Rentetan siasatan dijalankan ke atas seorang selebriti, SPRM menahan beberapa individu termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan Datuk bagi membantu siasatan pada 3 Oktober lalu.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Azam Baki mendedahka­n, pihaknya sudah menahan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

SPRM turut membekukan kira-kira RM101 juta daripada 736 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta serta merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil kegiatan haram itu.

Kita akan siasat, sekiranya ada (pembabitan ahli politik) tindakan akan diambil. Buat masa ini, masih belum ada (kaitan).

Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Bukit Aman

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh] ?? di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh] di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia