Berita Harian

‘Geng Rusa Boy’ tumpas

Ketua kumpulan antara 26 ahli ditahan bulan lalu

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis menumpaska­n kumpulan jenayah terancang ‘Geng Rusa Boy’ yang aktif memproses dan mengedar dadah serta mendalangi pelbagai kes jenayah kekerasan dan pembunuhan di Sungai Petani, Kedah.

Ia susulan penahanan seramai 26 ahli kumpulan itu, termasuk ketuanya dikenali sebagai Rusa Boy berusia 39 tahun, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan mendapati selain memproses dan mengedar dadah, kumpulan yang aktif sejak 2014 dan mempunyai lebih 40 ahli itu turut terbabit dalam jenayah kekerasan antaranya pergaduhan, menyebabka­n kecederaan, senjata api, pemerasan, ugutan jenayah serta pembunuhan.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan mendapatka­n bekalan dadah jenis heroin dari Thailand, sebelum dibawa ke makmal pemprosesa­n dadah di Pulau Pinang.

“Dadah yang siap diproses kemudian dihantar ke sebuah stor dan suspek yang berperanan sebagai tokan dan runner akan mengedarka­nnya untuk pasaran tempatan di negeri di utara tanah air.

“Siasatan juga mendapati, lima lagi ahli geng terbabit sudah ditahan selepas polis merampas satu tong plastik berisi dadah jenis heroin seberat 12.52 kilogram (kg) dianggarka­n bernilai RM112,000, September lalu.

“Secara keseluruha­n, seramai 31 ahli kumpulan berusia antara 20 hingga 39 tahun sudah ditahan dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

“Semua mereka akan didakwa di Sungai Petani, esok (hari ini),” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Operasi bersama itu disertai sepasukan anggota daripada JSJ dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Difahamkan, kumpulan terbabit pernah membunuh seorang daripada ahlinya kerana dikatakan membocorka­n maklumat kegiatan kumpulan mereka.

Malah, pada 2016 seorang lelaki cedera akibat ditetak kerana menjalanka­n aktiviti menjual dadah di kawasan yang dikuasai Geng Rusa Boy.

Huzir berkata, polis percaya operasi kumpulan itu sudah dapat dilumpuhka­n sepenuhnya susulan penahanan semua suspek yang terbabit.

“Polis kini sedang giat memburu lapan lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Gambar beberapa individu ‘Geng Rusa Boy’ yang dikehendak­i polis.
(Foto BERNAMA) Gambar beberapa individu ‘Geng Rusa Boy’ yang dikehendak­i polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia