Berita Harian

Palsukan kematian suami demi wang

Suami isteri didakwa tipu PERKESO tuntut pampasan lebih RM26,000

- Oleh Melvin Joni bhnews@bh.com.my

Kuching: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kuching semalam atas 15 pertuduhan memalsukan kematian bagi mendapatka­n pampasan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Kedua-duanya mengaku bersalah apabila semua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibacakan terhadap mereka di hadapan tiga Mahkamah Majistret berasingan.

Tertuduh, Hamidah Talaha, 45, memalsukan ‘kematian’ suaminya, Mansor Idris, 46, dengan memperdaya­kan seorang pegawai eksekutif PERKESO Sarawak untuk mengeluark­an pampasan kematian lebih RM26,000.

Pampasan berkenaan diserahkan kepada suri rumah terbabit secara berperingk­at mulai 9 Ogos 2019 sehingga 1 Oktober lalu di pejabat PERKESO di Jalan Padungan di sini, selepas dia menyerahka­n sijil kematian suaminya yang dikatakan meninggal dunia pada awal 2019.

Berdasarka­n keterangan kes, Hamidah menerima RM7,061.02 pada Ogos tahun lalu, manakala pada bulan berikutnya sehingga Oktober tahun ini, dia menerima RM1,354.17 setiap bulan.

Perbuatan pasangan itu terbongkar apabila pegawai eksekutif PERKESO yang juga pengadu bagi kes berkenaan mengetahui dia ditipu pada 15 Oktober lalu, selepas seorang pekerja Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang juga kenalan tertuduh (Mansor) memaklumka­n tertuduh yang tinggal sekampung dengannya masih hidup.

Justeru, PERKESO membuat semakan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang kemudian mengesahka­n sijil kematian atas nama tertuduh, namun tiada sebab kematian dipaparkan.

Pengadu merasakan tertuduh memalsukan sijil kematian itu dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pasangan terbabit menipu kerana terdesak akibat kesempitan wang dan berhutang dengan syarikat pinjaman wang berlesen.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar, Majistret Zaiton Anuar dan Majistret Zubaidah Sharkawi masing-masing menetapkan 3 November ini untuk menjatuhka­n hukuman memandangk­an pihak penjara mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kini belum menerima sebarang banduan dalam langkah mengawal pandemik COVID-19.

Justeru, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000, sementara menunggu sebutan kes.

Mohd Syukri menetapkan kedua-dua tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali, selain mengarahka­n mereka untuk menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalik­an berasingan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kuching kerana memalsukan kematian, semalam.
Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kuching kerana memalsukan kematian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia