Berita Harian

MB Kedah fail saman fitnah isu pembelian MPV Vellfire

-

Alor Setar: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah terhadap empat pemimpin pembangkan­g yang mendakwa pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah bagi kegunaanny­a.

Muhammad Sanusi berkata, antara pemimpin berkenaan adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh dan dua individu lain.

Beliau menegaskan, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankua­sa Perolehan Aset SADA secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanja­an ditetapkan.

“Pihak terbabit sepatutnya meminta penjelasan terlebih dahulu, saya sudah melihat tulisan dan siaran langsung media sosial mereka dan peguam saya akan failkan kes mahkamah minggu depan.

“Saya difahamkan pembelian kenderaan terbabit dilakukan bagi kegunaan bersama ahli lembaga pengarah

Saya difahamkan pembelian kenderaan terbabit dilakukan bagi kegunaan bersama ahli lembaga pengarah dan pegawai kanan SADA. Saya dituduh mengambil Toyota Vellfire ini di tol pada jam 2.30 pagi sedangkan saya tidak pernah melihat dan menaikinya sehingga kini.

Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah

dan pegawai kanan SADA,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Kelmarin, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah melakukan kunjungan ke Ibu Pejabat SADA bagi meneliti dokumen pembelian kenderaan terbabit dan berjumpa pengurusan syarikat bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi SADA berkata, Toyota Vellfire yang baru dibeli itu kini berada di Ibu Pejabat SADA, selain syarikat utiliti berkenaan turut membeli pelbagai aset seperti lori tangki dan pam air bagi kegunaan operasi.

“Melalui penulisan terbabit, saya dituduh mengambil Toyota Vellfire ini di tol pada jam 2.30 pagi sedangkan saya tidak pernah melihat dan menaikinya sehingga kini.

“Saya hanya guna dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini,” katanya.

Kenderaan mewah itu dikatakan dibeli SADA pada harga RM345,000 dan memiliki spesifikas­i tertinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia