Berita Harian

Bunuh suami OKU kerana harta RM2J

Wanita, adik berkomplot lapor polis mangsa kena samun

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita sanggup merancang pembunuhan suaminya untuk mendapatka­n harta lelaki itu dianggarka­n lebih RM2 juta dan insurans nyawa bernilai RM800,000.

Menurut sumber, suspek berusia 45 tahun dikatakan turut mengupah adik lelakinya berusia 42 tahun untuk bersekongk­ol dengan perbuatan itu dengan menawarkan sebahagian harta yang bakal diperoleh selepas tugasnya selesai.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 1 Oktober lalu itu dengan suspek dikatakan menyuruh adik lelakinya datang ke rumah mereka di Jalan Jati, Rumah Murah PKNS, Kampung Sungai Chua, Kajang, di sini, untuk membunuh mangsa.

Susulan kejadian itu, suspek membuat satu laporan polis mengatakan suaminya disamun seorang individu tidak dikenali sehingga cedera dan rantai emas yang dipakainya dilarikan.

Mangsa yang cedera di kepala dalam kejadian berkenaan dimasukkan ke Hospital Kajang untuk rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Bagaimanap­un, siasatan polis mendapati wujud keraguan dalam laporan dibuat suspek yang juga isteri pertama mangsa sebelum pihak polis memberkas wanita itu dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan, mangsa berusia 59 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) mengusahak­an perniagaan lori dan besi buruk.

Mangsa juga dikatakan mempunyai dua isteri dan enam anak berusia lingkungan belasan tahun dan 20-an.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mengesahka­n suspek membuat laporan polis mendakwa suaminya disamun dan rantai emas milik mangsa dilarikan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipukul di kepala dengan menggunaka­n tukul dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

“Hasil siasatan, pengadu iaitu isteri kepada mangsa merancang dan membunuh suaminya bersama dengan adik lelakinya untuk mendapatka­n harta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Suspek ada buat laporan polis mendakwa suaminya disamun dan rantai emas milik mangsa dilarikan. Siasatan awal mendapati, mangsa dipukul di kepala dengan tukul dan senjata yang digunakan itu turut dirampas.

Mohd Zaid Hassan,

Ketua Polis Daerah Kajang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia