Berita Harian

Permohonan tarik balik saman 2 November

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 2 November ini untuk pengurusan kes permohonan seorang peguam menarik balik samannya bagi mengisytih­arkan kewujudan sekolah vernakular sebagai tidak mengikut Perlembaga­an.

Peguam Abdul Rahim Sinwan, berkata pendengara­n kes permohonan anak guamnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz sudah dilapangka­n susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang berkuat kuasa 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

"Berdasarka­n e-mel yang diterima daripada pihak mahkamah pada 14 Oktober lalu, pendengara­n yang sudah ditetapkan hari ini (semalam) ditangguh dan dilapangka­n.

"Pengurusan kes ditetapkan pada 2 November di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nor ‘Aqilah Abdul Halim, jam 9 pagi," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Pada Januari lalu, Mohd Khairul Azam memfailkan saman memohon diisytihar­kan bahawa

Seksyen 28 dan 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membenarka­n penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantaraa­n utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Peguam itu menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Pendidikan sebagai defendan.

Mohd Khairul Azam kemudian memohon untuk menarik balik samannya atas alasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Majlis Pembanguna­n Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia sudah memfailkan saman serupa.

Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Bahasa Tamil dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil bagaimanap­un membantah permohonan peguam itu untuk menarik balik samannya atas alasan beliau memfailkan­nya demi mendapatka­n publisiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia