Berita Harian

Saksi beritahu tak dapat pastikan jasad Nora Anne

-

Seremban: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Koroner di sini semalam, bahawa pada awalnya dia tidak dapat memastikan jasad manusia yang ditemui ialah Nora Anne Quoirin, memandangk­an kedudukann­ya yang agak jauh dari mayat itu.

Saksi awam Chong Yue Fatt, 57, yang menjadi individu pertama ternampak mayat remaja itu pada hari ke-10 operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne, berkata ketika terlihat jasad itu, dia menjerit dengan kuat bagi memaklumka­n ahli lain dalam kumpulanny­a tentang penemuan berkenaan.

“Sebaik menjumpai mayat itu, kami semua cuba membuat panggilan telefon kepada pihak berkuasa namun gagal kerana tiada liputan, justeru kami menyuruh seorang lelaki dalam kumpulan kami agar keluar dari kawasan itu dan memberitah­u bapanya bagi memanggil pihak bomba ke lokasi.

“Semasa menunggu kedatangan pihak berkuasa, kami saling mengingati ahli kumpulan agar tidak mendekati mayat supaya tidak mencemarka­n dan merosakkan bukti. Kami menunggu agak lama, sekitar satu hingga dua jam,” kata saksi ke-28 itu dalam bahasa Mandarin.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid bagi menentukan punca kematian remaja perempuan warga Ireland-perancis itu memasuki hari ke-12, semalam.

Chong berkata, mayat remaja itu yang ditemukan kira-kira 50 meter dari sebuah pondok yang sebelum itu dilalui oleh kumpulan pencari berkenaan, berada dalam keadaan terbaring di atas batu, seolah-olah sedang tidur.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues mengenai barangan yang ada di pondok, peniaga kasut itu berkata: “Saya nampak bekas makanan seperti Maggi dan botol minuman.”

Ketika ditanya oleh koroner mengenai siapa yang membuat keputusan tentang kawasan pencarian, Chong berkata, pencarian di kawasan itu dilakukan selepas dicadangka­n oleh rakannya bernama Chan yang memberitah­u dia mendapatka­n tilikan daripada seorang sami di Thailand dalam usaha mengesan Nora Anne.

“Sami itu memberitah­u Chan agar mencari mangsa di tempat yang ada sungai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia