Berita Harian

Tak mengaku salah guna jawatan dapatkan tiga projek

-

Seremban: Seorang bekas setiausaha syarikat koperasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga pertuduhan menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n tiga projek bernilai keseluruha­n RM360,250, lima tahun lalu.

Tertuduh, M Santhi, 55, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n suapan dengan melantik syarikat miliknya,

Shanvi Management and Trading, untuk menjalanka­n Program Perindustr­ian Berorienta­sikan Kerjaya di Perak, Pahang dan Kedah membabitka­n jumlah keseluruha­n RM360,250.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Koperasi Global and National Skill Developmen­t Seremban Bhd, Seremban, pada 2015.

Semua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Zainab Yahaya, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, M Dinesh.

Hakim memerintah­kan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 November depan.

Sebagai syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia