Berita Harian

Mayat wanita meninggal hampir seminggu dalam rumah

-

Bintulu: Misteri bau busuk dari sebuah rumah merungkai kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai hampir seminggu meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Beverly Hills, malam kelmarin.

Jiran mangsa yang dikatakan tidak tahan dengan bau busuk dari rumah wanita itu bertindak menghubung­i talian kecemasan bagi meminta bantuan pasukan keselamata­n menyiasat punca bau berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson, berkata sepasukan anggota dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.52 malam.

Katanya, sejurus sampai di kediaman berkenaan, bomba terpaksa memecahkan gril dan pintu rumah berkenaan bagi menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Sejurus berjaya masuk ke rumah terbabit, pasukan bomba menemui mayat seorang wanita terbaring dalam keadaan terlentang dan berbau,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n paramedik mengesahka­n mangsa sudah beberapa hari meninggal dunia, bagaimanap­un punca kematian perlu menunggu hasil bedah siasat.

“Pemeriksaa­n awal mengesahka­n wanita berkenaan dikenali sebagai Sylvia Chai Mei Lee dan belum dapat dipastikan umurnya.

“Mayat berkenaan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Sungai Siput: Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar dalam kawasan tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini, pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat M Lurouthusa­my Jayasingam, 51, ditemui kira-kira jam 10.15 pagi semalam selepas dikatakan terjatuh dalam tasik berkenaan.

Katanya, panggilan diterima jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumka­n bahawa mangsa terjatuh ke tasik lombong terbabit oleh seorang saksi yang juga rakan mangsa.

“Mayat mangsa ditemui pada kedalaman satu meter dengan jarak kira-kira 15 meter dari tebing tasik. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bomba terpaksa memecahkan gril dan pintu rumah berkenaan bagi menjalanka­n pemeriksaa­n. Sejurus berjaya masuk ke rumah terbabit, pasukan bomba menemui mayat seorang wanita terbaring dalam keadaan terlentang dan berbau.

Christus Buson,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu

 ??  ?? Pasukan bomba membawa naik mayat M Lurouthusa­my Jayasingam yang ditemui lemas ketika mengutip bunga teratai di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, Sungai Siput, semalam
Pasukan bomba membawa naik mayat M Lurouthusa­my Jayasingam yang ditemui lemas ketika mengutip bunga teratai di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, Sungai Siput, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia