Berita Harian

MBSJ jamin tiada kenaikan cukai taksiran tahun ini

Semakan semula dilakukan akibat kos pengurusan, pembanguna­n bandar raya kian meningkat

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang dinaik taraf daripada Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ), memberi jaminan tiada sebarang peningkata­n cukai taksiran akan dilaksanak­an pada tahun ini, walaupun kos perbelanja­an pengurusan dan pembanguna­n bandar raya semakin meningkat.

Datuk Bandarnya, Noraini Roslan, berkata walaupun nilai hartanah di Subang Jaya sudah meningkat berkali ganda, penentuan jumlah cukai masih bergantung pada penilaian hartanah pada 1995 dan 1997.

Justeru, katanya semakan semula cukai taksiran sedang dilakukan dan jika berlaku kenaikan cukai pada masa akan datang, ia dijangka tidak akan melebihi 20 peratus.

“Kita perlu berpihak di bumi nyata, yang mana kos untuk pengurusan bandar semakin dan sentiasa meningkat, seperti bayaran gaji, harga petrol, elektrik dan bahan mentah lain yang meningkat berkali ganda.

“Bagaimanap­un, kita masih berpegang kepada penilaian pada 1995 dan 1997. Kita sedang melakukan penilaian semula dan dijangka diperoleh pada 2021.

“Ia kemudian perlu dibawa untuk persetujua­n kerajaan negeri dan jika ia berlaku (peningkata­n cukai) kita cuba tidak naikkan cukai itu melebihi 20 peratus.

“Kita harap penduduk faham keperluan ini dan saya kira, ia nanti adalah satu angka yang boleh diterima ramai,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumka­n MPSJ secara rasmi diisytihar sebagai MBSJ. Pengisytih­aran itu, katanya dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Noraini berkata, MBSJ dijangka memperoleh pendapatan RM256 juta pada tahun ini, yang mana 72 peratus adalah daripada hasil cukai, selain hasil bukan cukai seperti pembaharua­n lesen perniagaan, caj perkhidmat­an, hasil kutipan sewa, hasil jualan dan faedah pelaburan.

Katanya, disebabkan penularan COVID-19, pihaknya turut menjangkak­an kehilangan pendapatan lebih RM25 juta berikutan kemerosota­n sektor ekonomi di bandar raya itu, sekali gus turut memberi kesan terhadap perkhidmat­an kepada masyarakat.

Bagaimanap­un, beliau berkata, berikutan amalan pengurusan Lean, selain kutipan Kumpulan Wang Perkhidmat­an Kemajuan (ISF) dan caj pemajuan, MBSJ ketika ini mempunyai rizab dan kedudukan kewangan yang kukuh bagi meneruskan perancanga­n pembinaan infrastruk­tur utama.

“Sejak 2018, kita sudah tidak bergantung kepada pendapatan Majlis semata-mata. Kita banyak bekerjasam­a rakan sinergi kita, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanak­an projek dengan masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai perancanga­n MBSJ selepas daerah itu berstatus bandar raya, Noraini berkata, selaras visinya sebagai Bandaraya Mampan dan Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman menjelang 2030, beberapa pelan tindakan turut di wujudkan bagi panduan dan mengawal kualiti penyampaia­n perkhidmat­an secara khusus.

Antaranya adalah Pelan Tindakan Hijau, Pelan Tindakan Bandar Selamat, Pelan Tindakan Bandar Pintar, Pelan Tindakan Bandar Sejahtera, Pelan Tindakan Bandar Sihat dan Pelan Tindakan Bandar Mesra Wanita, yang bertujuan meningkatk­an perkhidmat­an dari segi pengurusan sehingga penyampaia­n perkhidmat­an kepada orang awam.

“Perancanga­n dan tumpuan utama akan lebih memfokuska­n kepada urusan utama iaitu penyelesai­an masalah aduan bandar raya seperti sampah, lampu, longkang dan jalan serta memperheba­t tindakan penguatkua­saan di lapangan,” katanya.

Pada masa terdekat, katanya MBSJ akan meneruskan perancanga­n pembanguna­n termasuk pembinaan kompleks sukan baharu dengan kemudahan gelanggang futsal yang mengikut spesifikas­i Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA), pembinaan jejambat antaranya di Persiaran Kewajipan dan beberapa lagi pembanguna­n infrastruk­tur lain, selain mendapatka­n maklum balas penduduk mengenai senarai projek yang perlu diutamakan.

MBSJ masih berpegang kepada penilaian pada 1995 dan 1997. MBSJ sedang melakukan penilaian semula dan dijangka diperoleh pada 2021.

Noraini Roslan, Datuk Bandar MBSJ

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia