Berita Harian

Pasar di Johor beroperasi semula

-

Johor Bahru: Semua pasar di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini dibenarkan beroperasi semula berkuat kuasa serta-merta dengan syarat harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil, berkata ia meliputi pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pasar awam dan bazar karat.

Bagaimanap­un, katanya, jika ada kes lokaliti penularan COVID-19, penutupan pasar tetap boleh dilakukan selepas PBT mendapatka­n laporan penilaian risiko dan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah.

“Ingin ditegaskan, PBT juga boleh mengambil tindakan penutupan serta-merta terhadap mana-mana pasar yang tidak mematuhi SOP ditetapkan oleh PBT, Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Pematuhan SOP yang diambil serius meliputi pemakaian pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahter­a atau mengambil rekod keluar masuk pengunjung, pengambila­n suhu badan, kawalan laluan masuk dan sekiranya kawasan pasar itu tidak mempunyai pagar, ia perlu ada hadangan menggunaka­n tiang atau ditanda dengan pita.

“Ia bagi memastikan ada penjarakan fizikal, manakala penjarakan antara setiap gerai yang ditetapkan ialah 1.5 meter atau 2 meter,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ayub berkata, semua keputusan itu dibuat hasil mesyuarat membabitka­n MKN, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Kesihatan Johor (JKNJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Perbandara­n Kulai (MPKU) pada Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia