Berita Harian

PERATURAN PAKAI KANTA LEKAP

MEMAKAI kanta lekap berfungsi sebagai pengganti kaca mata, selain antara aksesori untuk menambah penampilan lebih bergaya.

-

Ada individu yang tidak ada masalah rabun, tetapi memilih kanta lekap pelbagai warna untuk menyerlahk­an seksi mata,

Namun, penggunaan­nya tidak semudah memakai cermin mata kerana ia membabitka­n kebersihan dalaman mata. Setiap pemakai kanta lekap perlu patuh kepada peraturan dan kebersihan ditetapkan, jika tidak ia boleh mengundang kesan serius seperti jangkitan kuman, mata bengkak dan sebagainya.

Sebelum menggunaka­n kanta lekap, anda harus tahu beberapa perkara mengenainy­a supaya ia padan dan selamat dengan mata. Selain itu, ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam penjagaan kanta lekap.

1 Sesuai dengan mata

Tidak semua jenama kanta lekap sesuai dengan mata anda. Setiap orang mempunyai lengkungan bebola mata berbeza. Biarpun kanta lekap hanya dipakai pada permukaan anak mata, masih ada risiko untuk mendapat komplikasi seperti jangkitan.

Kanta lekap berwarna sama fungsi dengan kanta lekap jernih tetapi perlu pastikan keserasian­nya oleh pengamal penjagaan kesihatan.

Kebanyakan kanta lekap boleh digunakan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Dapatkan nasihat pakar mengenai kanta lekap yang sesuai dengan gaya hidup anda.

2 Banyak pilihan

Kanta lekap mudah diperoleh di mana-mana saja. Bagaimanap­un, pengguna disarankan membelinya daripada syarikat berdaftar. Berhatihat­i dengan jenama atau jenis kanta yang tidak pernah didengari.

Jangan sesekali membeli kanta lekap daripada kedai yang tidak mempunyai sijil disahkan seperti di pasar malam atau kedai kosmetik. Ia boleh mendatangk­an bahaya pada mata.

3 Berapa lama penggunaan­nya

Disarankan untuk memakai kanta lekap kira-kira lapan hingga 10 jam sehari bergantung kepada individu. Jika memerlukan anda memakai hingga 12 jam, dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan mata.

Kanta lekap lembut silikon hidrogel atau oksigen tinggi disarankan bagi mereka yang perlu memakai hingga 12 jam sehari. Sebaik saja bekas kanta lekap itu dibuka, kitaran hingga tarikh luput dikira.

Kanta lekap yang mempunyai tarikh luput selama sebulan tidak bermakna boleh dipakai selama 30 hari, malah jika tidak memakainya juga, dalam tempoh berkenaan, ia perlu dibuang.

Perkara boleh dilakukan

1 Basuh bekas kanta lekap anda setiap minggu dan gantikan setiap tiga bulan sekali.

2 Jika benda asing masuk ke dalam mata, tanggalkan kanta lekap dulu, kemudian gunakan pencuci pelbagai guna untuk membersihk­an kanta berkenaan.

3 Dapatkan nasihat dan rawatan mata daripada pakar optometri setiap enam bulan sekali. 4 Ketika membasuh kanta lekap anda, pastikan menyapu secara perlahan biarpun anda menggunaka­n pencuci yang tidak perlu untuk membersihk­an permukaann­ya. Perkara tidak boleh dilakukan

1 Berjimat cermat penggunaan pencuci pelbagai guna.

2 Pakai kanta lekap ketika tidur.

3 Berenang sambil memakai kanta lekap.

4 Simpan bekas kanta lekap di dalam bilik air kerana ia boleh memberi risiko pencemaran.

5 Barbeku ketika memakai kanta lekap kerana ia boleh cair akibat kepanasan. Cara basuh dan simpan kanta lekap

Basuh tangan anda dengan sabun bebas wangian dan keringkan.

Letakkan kanta lekap di tengah telapak tangan, gosok dengan lembut kedua-dua belah kanta selama 20 minit dengan pencuci.

Bilas kedua-dua belah kanta lekap itu sekali lagi dengan pencuci pelbagai guna bagi memastikan ia benar-benar bersih.

Letakkan kanta di dalam bekasnya dan penuhkan ia dengan pencuci serba guna itu. Jangan gunakan air biasa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia