Berita Harian

Pendidikan seksualiti ‘bermula di rumah’

Pendekatan menerusi perspektif Islam lebih tepat, menyeluruh perlu diterapkan

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pendidikan seksualiti wajar dilihat sama penting dengan pendidikan akademik khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bagi mengelak golongan itu terdedah dengan keruntuhan sosial yang semakin membimbang­kan seperti seks bebas.

Pakar pediatrik, Dr Anayasmin Azmi, berkata pendidikan seksualiti perlu digerakkan secara proaktif kerana pengabaian boleh mengundang pelbagai implikasi serius.

Katanya, sudah tiba masanya untuk semua pihak kibarkan slogan ‘bermula di rumah’. Pendidikan seksualiti perlu dilihat sama penting dengan pendidikan lain seperti akademik kerana pengabaian aspek ini boleh memberi kesan mudarat seumur hidup kepada individu.

Beliau yang juga aktivis Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-medik) berkata, dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) siri kelima pada 2014 Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) mendedahka­n 3,980 kes remaja hamil luar nikah berusia antara 10 hingga 19 tahun.

Dr Anayasmin berkata, permasalah­an itu perlu ditangani dengan penyelesai­an tuntas kerana ia membabitka­n anak kecil dan remaja.

“Kita berada dalam era hyperseksu­aliti, di mana ramai individu yang mindanya dipenuhi fantasi seksual diikuti tabiat menonton pornografi, zina, masturbasi keterlalua­n dan pedofilia.

“Siasatan oleh LPPKN ke atas dua rumah perlindung­an remaja hamil mendapati antara punca utama remaja terbabit dengan kehamilan luar nikah adalah faktor pengabaian tanggungja­wab oleh ibu bapa khususnya dalam memberikan didikan agama, perceraian ibu bapa serta kurang komunikasi antara ibu bapa dan anak.

“Ini menyebabka­n mereka beralih kepada rakan sebaya atau orang luar sebagai tempat berkongsi masalah,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Katanya, kajian LPPKN mengenai pengetahua­n remaja berkaitan pencegahan kehamilan, mendapati cuma 30 peratus daripadany­a cakna mengenai cara mencegah daripada mengadakan hubungan seks sebelum nikah.

“Dalam kajian itu, sekitar 80 peratus mengaku tahu mengenai kondom, 60 peratus tahu berkenaan pil perancang, tetapi hanya 30 peratus cakna bagaimana mencegah hubungan sebelum pernikahan.

“Antara lain, kajian melalui Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial (PEKERTI) pada 2012 melaporkan 50 peratus remaja mengaku melakukan hubungan seks luar nikah dan 49.7 peratus daripadany­a mengadakan hubungan intim dengan lebih daripada seorang pasangan.

“Di sinilah penekanan yang kita perlu berikan dan ia perlu berterusan sejak bayi sehingga dewasa supaya ia berkesan,” katanya.

Dr Anayasmin berkata, pendidikan seksualiti daripada perspektif Islam perlu diterapkan kerana ia pendekatan yang lebih tepat dan menyeluruh serta sentiasa terkait dengan akidah, syariat, akhlak, adab dan ibadah.

“Sebagai kanak-kanak dan remaja yang membesar, mereka perlu dibimbing apa yang betul dan salah supaya mampu membuat keputusan terbaik dan jelas.

“Konsep Barat yang permisif dan hanya memfokuska­n kepada mencegah kehamilan dan penularan penyakit kelamin cuma menyelesai­kan masalah secara superficia­l (dasar), bahkan ada aspek yang menyimpang daripada sosiobuday­a negara kita,” katanya.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu mengambil kira aspek agama sebagai satu komponen bagi penyelesai­an isu ini.

“Tidak dinafikan, isu pendidikan seksualiti sudah berdekad lamanya dibincangk­an di negara ini. Namun, tidak sesuai sekiranya kita mengambil pakai secara terus pendidikan seks dari Barat seperti pendidikan seksual secara menyeluruh yang tidak bertepatan dengan Perlembaga­an yang mana Islam adalah agama Persekutua­n dan sosiobuday­a masyarakat Malaysia yang penuh tatasusila dan adab ketimuran.

“Abstinence only (menahan diri daripada melakukan hubungan seks) pula banyak dikritik di Barat sebagai tidak berkesan. Ini disebabkan acuan Barat ini hanya fokus menjauhi hubungan intim tanpa pendidikan berterusan yang membantu menguruska­n nafsu,” katanya.

Menyentuh konsep abstincenc­e mengikut acuan Islam, beliau berkata, ia bermula daripada larangan mendekati zina mengikut konsep La Taqrabuzzi­na, iaitu penting kawalan nafsu dalam hal pergaulan, tidak berdua-duaan, memastikan pakaian menutup aurat, menjauhi menonton pornografi dan seumpamany­a.

Katanya, usaha kerajaan melalui pelbagai modul seperti Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial (PEERS) oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan Modul Cakna Diri, LPPKN sangat baik dan perlu terus dimurnikan.

“Apa sahaja modul atau dasar yang mahu diadaptasi perlu diteliti kandungann­ya dan bagaimana disampaika­n supaya sesuai dengan Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu Islam sebagai agama Persekutua­n dan juga sosiobuday­a masyarakat,” katanya.

 ??  ?? Dr Anayasmin Azmi
Dr Anayasmin Azmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia