Berita Harian

Rakyat Malaysia lemah rancang kewangan

-

Kuala Lumpur: Satu kaji selidik dalam talian menunjukka­n hampir 70 peratus daripada rakyat Malaysia memerlukan sokongan untuk meningkatk­an tahap celik kewangan mereka.

Kaji selidik yang dijalankan laman web celik kewangan, Multiply dari 10 Ogos hingga 15 September lalu mendapati 21 peratus daripada 3,333 peserta yang mengambil bahagian dalam kaji selidik itu, dikategori­kan sebagai ‘budak baru belajar’, iaitu mereka yang tidak mempunyai pengetahua­n asas mengenai kewangan peribadi.

Selain itu, 48 peratus pula tergolong dalam kategori ‘kadet kewangan’ - iaitu mereka yang masih berada pada peringkat awal penguasaan ilmu asas mengenai kewangan peribadi dan hanya 31 peratus boleh dianggap sebagai ‘boss duit’ - iaitu seseorang yang memahami konsep kewangan asas dengan baik.

Dalam satu kenyataan media, Multiply mendedahka­n hasil kaji selidik juga menunjukka­n rakyat Malaysia paling lemah dalam merancang belanjawan dan menyimpan wang yang mana seramai 41 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak mampu hidup selesa dengan gaji bulanan mereka dan sentiasa risau tidak cukup wang sehingga mendapat gaji yang seterusnya.

Sebanyak enam peratus responden pula menyatakan mereka bergantung kepada kad kredit untuk menampung kekangan wang setiap bulan dan 48 peratus mengakui mereka tiada wang simpanan untuk kecemasan.

Berdasarka­n keputusan kaji selidik itu, Multiply berpendapa­t, 2020 adalah tahun mencabar berkaitan kewangan peribadi.

“Jadi tak hairan ramai rakyat Malaysia gusar mengenai kedudukan kewangan mereka. Namun, kami berasa lega kerana hasil kaji selidik tidak semua membimbang­kan.

“Seramai 53 peratus daripada responden merancang belanjawan awal, 31 peratus memiliki insurans asas sebagai perlindung­an jika kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan, manakala 52 peratus mempunyai wang simpanan,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, hasil kaji selidik itu menunjukka­n tahap pemahaman rakyat mengenai penggunaan pelbagai produk dan instrumen kewangan masih rendah.

“Seramai 32 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka lebih suka menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan biasa, berbanding mencari peluang pelaburan untuk menjana pulangan yang lebih tinggi.

“Tanpa memiliki kemahiran pengurusan kewangan, mereka yang ada duit simpanan lebih suka mengambil jalan selamat dengan hanya membiarkan wang dalam akaun simpanan,” katanya.

Ternyata kaji selidik mendapati pengetahua­n rakyat mengenai bagaimana wang boleh bekerja untuk kita – melalui dana, pelaburan serta produk kewangan yang lain – masih berada pada peringkat asas.

“Kami berhasrat untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dalam mengukuhka­n keadaan kewangan mereka. Bukan sekadar untuk kelangsung­an hidup, tetapi untuk mencapai kebebasan kewangan,” katanya.

Multiply ditubuhkan oleh firma ekuiti swasta, Creador melalui organisasi bukan untungnya Creador Foundation, dengan matlamat meningkatk­an tahap celik kewangan rakyat Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia