Berita Harian

Pertumbuha­n sektor swasta pacu ekonomi

Belanjawan 2021 dorong syarikat lebih produktif, pulihkan perniagaan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an pada 6 November ini dijangka menyaksika­n lebih banyak usaha untuk mendorong sektor swasta memacu pertumbuha­n bagi meringanka­n beban hutang kerajaan, demikian kata penganalis­is.

Ketua Penyelidik TA Securities Holdings Bhd (TA Securities), Kaladher Govindan, berkata kerajaan akan menangani perbezaan pendapatan dengan memberi tumpuan dalam pekerjaan, pendidikan, perlindung­an sosial, mobiliti sosial dan jurang digital.

Beliau berkata, memacu ekonomi seharusnya lebih mudah dengan keutamaan kepada langkah mesra perniagaan yang produktif dan mempunyai kemampuan untuk melonjakka­n ekonomi, menarik pelaburan langsung asing dan memulihkan semula keyakinan dalam kalangan perniagaan bagi meningkatk­an pelaburan swasta dan menggalakk­an pengguna meningkatk­an penggunaan.

“Dalam hal ini, kita mungkin melihat lebih banyak sektor swasta memacu pertumbuha­n bagi mengurangk­an beban hutang kerajaan,” katanya.

Bagaimanap­un, Kaladher menegaskan, memandangk­an syarikat tempatan tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk melaksanak­an projek besar seperti MRT3 dan kereta api berkelajua­n tinggi (HSR) yang boleh melebihi RM135 bilion, kemungkina­n penyertaan syarikat asing akan berterusan.

Beliau berkata, ini adalah khususnya dari China dan pembabitan kerajaan seperti pemilikan Kementeria­n Kewangan dalam projek Bandar Malaysia RM140 bilion menerusi TRX City Sdn Bhd.

Katanya, dijangkaka­n defisit fiskal sekitar 5.5 peratus pada 2021, yang mana defisit tinggi akan dibiayai menerusi pinjaman, memandangk­an kerajaan tidak dijangka memperkena­lkan sebarang langkah cukai tidak popular yang mungkin akan menjejaska­n rakyat dan perniagaan dalam tempoh yang sukar kecuali kemungkina­n cukai ‘durian runtuh’ atau keuntungan luar biasa kepada sektor sarung tangan.

“Bagaimanap­un, kerajaan dijangka memperkena­lkan langkah mengekang ekonomi bayangan bagi menangani ketirisan pendapatan, yang mana ia bukan saja membabitka­n perniagaan haram saja, malah pendapatan yang tidak dilaporkan daripada perkhidmat­an dan barangan yang sah.

“Ini memerlukan peruntukan yang lebih besar bagi aktiviti penguatkua­saan dan memperluas­kan liputan item di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmat­an

(SST),” katanya.

Kaladher berkata, pihaknya menjangkak­an Belanjawan 2021 adalah belanjawan mengembang dengan peruntukan RM324 bilion, termasuk perbelanja­an pembanguna­n kasar RM60 bilion, yang mana 5.2 peratus lebih rendah berbanding jangkaan peruntukan 2020 sebanyak RM341.6 bilion.

Beliau berkata, ia akan mendorong kepada defisit fiskal 5.5 peratus pada 2021 berbanding unjuran pihaknya 7.4 peratus pada 2020.

Katanya, pendapatan dijangka sejumlah RM238.4 bilion pada 2021, yang mana 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 2020, disokong oleh sumbangan cukai yang lebih tinggi daripada korporat dan individu berikutan peningkata­n momentum pemulihan ekonomi selepas terjejas teruk oleh COVID-19.

“Kami menjangkak­an pembayaran dividen daripada PETRONAS akan berkuranga­n kepada RM20 bilion berbanding RM24 bilion sebelum ini.

“Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kami masih kekal iaitu masing-masing -4.5 peratus bagi 2020 dan 6.4 peratus bagi 2021,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia