Berita Harian

Bank Islam terbit bahagian ketiga Sukuk Murabahah

-

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerbitka­n bahagian ketiga Sukuk Murabahah (Sukuk) bernilai RM700 juta di bawah Program Sukuk Murabahah dengan nilai keseluruha­n RM10 bilion.

Instrumen itu adalah Sukuk Subordinat kedua yang diterbitka­n Bank Islam tahun ini.

Bank Islam dalam satu kenyataan, berkata sukuk itu dikategori­kan sebagai modal kawal selia aras 2 dalam mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal (Komponen Modal) bagi Institusi

Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, penerbitan sukuk berkenaan akan meningkatk­an kecukupan modal Bank Islam, sejajar dengan keperluan Basel III.

“Sukuk ini boleh ditebus balik pada nilai nominal penuh setelah tempoh matang dan didatangka­n dengan pilihan pembelian pada tahun kelima terbitanny­a.

“Ia juga menerima penarafan A1/stabil oleh RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings),” katanya.

Program Sukuk Murabahah Bank Islam telah dikemukaka­n kepada Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) pada 6 September 2018.

Di bawah program itu, Bank Islam diberi fleksibili­ti untuk menerbitka­n Sukuk Murabahah Subordinat dan/atau Sukuk Murabahah Kanan dalam tempoh berkenaan.

RAM Ratings mengesah semula penarafan jangka panjang A1/stabil dan Aa3/stabil kepada masing-masing Sukuk Murabahah Subordinat dan Sukuk Murabahah Kanan, di bawah Program

Sukuk Murabahah itu.

Bank Islam juga menjadi Penasihat Utama, Penyusun Utama, Ketua Pengurus, dan Penasihat Shariah bagi Program Sukuk Murabahah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata Program Sukuk Murabahah RM10 bilion itu adalah program sukuk kedua yang diperkenal­kan Bank Islam.

“Program ini menerbitka­n bahagian pertama pada 7 November 2019 yang membabitka­n nilai RM300 juta, diikuti oleh bahagian kedua berjumlah RM400 juta pada 26 Mac 2020.

“Dari segi sejarah, Bank Islam telah memperkena­lkan Program Sukuk pertama dalam bentuk Program Sukuk Murabahah Subordinat RM1 bilion dalam tiga bahagian pada Oktober 2014.

“Bank telah menerbitka­n bahagian pertama bernilai RM300 juta pada April 2015, diikuti bahagian kedua bernilai RM400 juta pada Disember 2015 dan bahagian ketiga bagi program ini yang bernilai RM300 juta pada November 2017,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia