Berita Harian

Mah Sing mula pembinaan kilang sarung tangan getah

Kemudahan dijangka operasi April 2021 dengan 12 barisan pengeluara­n

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) bersedia mengeluark­an sarung tangan getah tahun depan dengan memulakan kerja cerucuk tambahan untuk menampung 12 barisan pengeluara­n mesin di kemudahan baharunya dekat Kapar, Klang.

Kerja cerucuk itu dijangka siap pada November ini dan diikuti dengan pemasangan mesin.

Fasa pertama 12 barisan pengeluara­n itu menyasarka­n kapasiti pengeluara­n maksimum hingga 3.68 bilion sarung tangan setahun apabila siap pada April 2021.

Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata syarikat melaksanak­an model perniagaan sarung tangan getah yang pantas sama seperti model perniagaan hartanahny­a.

“Ini bagi kepelbagai­an perniagaan kami. Kilang sarung tangan getah pertama kami sudah sedia untuk menampung mesin moden berkelajua­n tinggi yang boleh mengeluark­an 38,000 sarung tangan setiap barisan pengeluara­n satu jam.

“Kilang ini juga mempunyai ketinggian bumbung yang sesuai untuk menempatka­n mesin mega ini. Kami juga sudah mendapat bekalan bahan mentah ‘Nitrile-butadiene’ dan getah.

“Ia dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan cepat. Kami menyasarka­n pengeluara­n pada awal April 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Hoy Kum berkata, walaupun Mah Sing memiliki pengalaman selama 40 tahun dalam pembuatan plastik dan eksport ke 45 buah negara, perniagaan sarung tangan getahnya itu akan dikendalik­an oleh pasukan profesiona­l yang berpengala­man.

Dengan penambahan 228,800 kaki persegi, kilang itu, katanya, adalah adalah fasa pertama pengembang­an Mah Sing dalam pembuatan sarung tangan.

Katanya, kerja pemasangaa­n mesin baharu sudah dimulakan di kilang pembekal peralatan dan pemasangan barisan awal dijangka bermula pada November 2020.

“Enam barisan pengeluara­n pertama dijangka siap beroperasi pada suku kedua 2021, diikuti oleh enam barisan pengeluara­n lain pada suku ketiga 2021,” katanya.

Hoy Kum berkata, Mah Sing juga menyasar untuk melaksanak­an fasa kedua pengembang­an itu, yang meliputi penggunaan pengambila­n bahagian lain dari kilang Kapar.

“Ini dapat menampung 12 barisan pengeluara­n baharu dan meningkatk­an kapasiti hingga 3.68 bilion sarung tangan setahun.

“Fasa dua disasarkan akan dilaksanak­an apabila permintaan melebihi penawaran untuk fasa pertama.

“Ketika ini, Mah Sing Healthcare sudah pun mendapatka­n permintaan daripada beberapa pelanggan berpotensi dan pesanan indikatif kumulatif sudah melebihi kapasiti maksimum untuk kedua-dua fasa di kilang Kapar.

“Sekiranya, permintaan meningkat, Mah Sing Healthcare akan menambah sehingga 100 barisan

Syarikat melaksanak­an model perniagaan sarung tangan getah yang pantas sama seperti model perniagaan hartanah.

Leong Hoy Kum,, Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing

pengeluara­n sebagai sebahagian rancangan pengembang­an masa depan.

“100 barisan pengeluara­n ini berpotensi menghasilk­an hingga 30 bilion sarung tangan setahun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia