Berita Harian

Perintah Kawalan Pergerakan tak jejas pemulihan jualan kereta

-

Jumlah jualan industri (TIV) automotif dijangka mencecah 492,000 unit tahun ini, meskipun pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di beberapa kawasan akan memperlaha­nkan jualan dalam jangka terdekat.

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Daniel Wong, berkata pelaksanaa­n inisiatif pengecuali­an cukai jualan sehingga 31 Disember ini akan membolehka­n TIV terus mencatatka­n pemulihan sehingga akhir tahun ini.

“Jumlah penyerahan dilihat akan meningkat menjelang akhir tahun,” katanya dalam satu nota.

Sementara itu, beliau berkata, jenama pengeluar kereta nasional meneruskan momentum ketara untuk mengatasi pengeluar bukan nasional disokong permintaan kukuh dalam tempoh cuti cukai jualan.

Katanya, PROTON dan PERODUA merekodkan jualan tertinggi pada September masing-masing 11,900 dan 25,000 unit.

“Setakat September, PERODUA mengumpul jualan 145,000 unit, sekali gus mengekalka­n kedudukan peneraju pasaran dengan penguasaan 42.5 peratus.

“PROTON pula kekal mencatat jualan positif disokong permintaan kukuh bagi model X70, Saga dan Persona. Pengeluar kereta nasional ini sudah mengumpul jualan 73,500 unit kenderaan setakat September,” katanya.

Penganalis­is Alliancedb­s Research, Abdul Azim Muhthar, pula berkata pelaksanaa­n PKPB di beberapa negeri di Lembah Klang dijangka memberi kesan terhad memandangk­an kilang pengeluara­n dan bilik pameran dibenarkan beroperasi.

“Ketika ini, ada empat model dibuka untuk tempahan, iaitu Hilux (Toyota), City (Honda), X50 (PROTON) dan Almera (Nissan). Semua model ini dijangka menjadi pemacu angka jualan jenama masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, TIV mencatatka­n satu lagi pertumbuha­n positif kepada bulan keempat berturut-turut pada September, untuk melonjak 26 peratus tahun ke tahun kepada 56,400 unit.

Katanya, pertumbuha­n berterusan itu menyaksika­n jumlah jualan keseluruha­n setakat September pada 341,000 unit atau 68 peratus daripada sasaran setahun penuh berjumlah 500,000 unit.

“Selain PROTON dan PERODUA mencatat jualan tertinggi, Toyota serta Mazda turut merekodkan pemulihan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia