Berita Harian

Purata harga jualan dijangka kekal tinggi

-

Purata harga jualan (ASP) sarung tangan dijangka kekal tinggi tahun depan dengan permintaan sarung tangan akan terus meningkat sehingga 2022, demikian menurut MIDF Research.

Firma penyelidik­an itu berkata, ASP sarung tangan tidak akan kembali ke paras sebelum pandemik sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun lagi memandangk­an permintaan masih tinggi untuk kegunaan bagi tujuan kebersihan dan perubatan.

Ia berkata, sejak pandemik COVID-19, permintaan bagi sarung tangan getah dijangka berkembang pada kadar lebih 20 peratus berbanding kira-kira 10 peratus sebelumnya.

Selain itu, katanya, penggunaan sarung tangan yang lebih meluas daripada industri sehingga agensi kerajaan serta industri perkhidmat­an seperti kecantikan dan dandanan.

“Pertumbuha­n permintaan disebabkan oleh perubahan tabiat kebersihan serta peningkata­n jangkaan penggunaan sarung tangan perkapita dalam kalangan negara sedang membangun,” katanya dalam nota penyelidik­an.

MIDF Research menjangkak­an

ASP kekal tinggi pada tahun kewangan 2021 berdasarka­n kepada senario kes asas ketersedia­an vaksin pertengaha­n tahun depan.

Ia berkata, pengurusan vaksin juga memerlukan penggunaan sarung tangan.

Permintaan sarung tangan yang tinggi itu mendorong MIDF Research untuk menaikkan saranannya terhadap sektor sarung tangan kepada ‘positif ’ daripada ‘neutral’ sebelum ini.

Firma penyelidik­an itu berkata, bilangan kes baharu COVID-19 sudah melepasi 400,000 di seluruh dunia dan lonjakan dalam jumlah kes menunjukka­n lengkungan belum dapat diratakan lagi dan ia berlaku kerana kebanyakan ekonomi membuka semula ekonomi selepas sekatan pergerakan yang ketat.

“Jumlah kes baharu setiap hari mungkin terus tinggi kerana ekonomi tidak mampu mengharung­i satu lagi sekatan pergerakan sepenuhnya,” katanya.

MIDF Research menyaksika­n potensi kenaikan wajaran kaunter sarung tangan di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) serta maklum bahawa permodalan pasaran Supermax Corp Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd kekal melepasi paras RM20 bilion.

Ia berkata, jumlah dagangan juga bertambah baik, dengan purata 60 hari untuk Kossan ialah 17.06 juta dan Supermax 51.5 juta.

“Justeru, kedua-dua kaunter mungkin dimasukkan ke dalam saham komponen FBM KLCI pada semakan FTSE akan datang, iaitu pada Disember ini.

“Sekiranya kedua-dua kaunter ini dimasukkan, wajaran bagi kaunter sarung tangan di FBM KLCI mungkin boleh meningkat kepada 30 hingga 40 peratus daripada 15 peratus berdasarka­n kepada permodalan pasaran terkini empat syarikat sarung tangan utama yang disenaraik­an di Bursa Malaysia,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Permintaan bagi sarung tangan getah dijangka berkembang pada kadar lebih 20 peratus.
(Foto hiasan) Permintaan bagi sarung tangan getah dijangka berkembang pada kadar lebih 20 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia