Berita Harian

Kadar inflasi September susut 1.4 peratus

-

Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi menguncup 1.4 peratus pada September, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penurunan pengukur kadar inflasi negara keseluruha­n itu dipengaruh­i oleh penurunan indeks Pengangkut­an (-9.9 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-3.0 peratus) serta Pakaian & Kasut (-0.6 peratus) yang menyumbang 41.6 peratus daripada keseluruha­n wajaran.

“IHP bulanan tidak menunjukka­n perubahan berbanding Ogos 2020. Walaupun begitu, terdapat kumpulan utama yang menunjukka­n peningkata­n iaitu Restoran & Hotel (0.2 peratus); Minuman institusi

Alkohol & Tembakau (0.1 peratus); Hiasan, Perkakasan & Penyelengg­araan Isi Rumah (0.1 peratus); Perkhidmat­an Rekreasi & Kebudayaan (0.1 peratus) dan Pendidikan (0.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun beberapa indeks utama menurun, Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebaliknya menunjukka­n peningkata­n 1.4 peratus kepada 135.1 berbanding 133.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Kumpulan ini menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruha­n wajaran IHP. Selain itu, indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmat­an turut menunjukka­n peningkata­n 2.7 peratus diikuti Komunikasi (1.6 peratus) dan Kesihatan

(1.1 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata, IHP tanpa bahan api kekal berada pada kadar positif iaitu 0.1 peratus pada September 2020 berbanding bulan sama tahun lalu.

“Purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON95 menunjukka­n penurunan pada September 2020 iaitu RM1.68 per liter berbanding RM2.08 pada September 2019.

“Di samping itu, purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON97 menurun kepada RM1.98 per liter berbanding RM2.58 dan purata harga Diesel menurun kepada RM1.73 per liter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, indeks teras meningkat 1.0 peratus pada September 2020 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

“Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmat­an (2.7 peratus); Komunikasi (1.6 peratus); Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.4 peratus) dan Kesihatan (1.1 peratus).

“Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmat­an harga dikawal,” katanya.

Indeks bagi semua negeri pula menunjukka­n penurunan antara 0.8 peratus hingga 2.2 peratus bagi September 2020 berbanding tahun sebelumnya.

Penurunan tertinggi dicatatkan oleh Melaka (-2.2 peratus); Sabah & Wilayah Persekutua­n Labuan (-2.2 peratus) serta Kedah & Perlis (-2.2 peratus).

Ini diikuti oleh Sarawak (-2.1 peratus), Negeri Sembilan (-1.9 peratus) dan Johor (-1.9 peratus).

Dr Mohd Uzir Mahidin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia