Berita Harian

India hasil kit ujian murah, cepat kesan wabak

FELUDA guna jalur kertas beri keputusan dalam tempoh sejam

-

New Delhi: Ujian COVID-19 berasaskan kertas yang cepat lagi murah akan segera tersedia di seluruh India dengan saintis berharap ia dapat membantu mengekang penularan di negara yang teruk dilanda virus itu.

India mencatat lebih 7.6 juta kes, kedua selepas Amerika Syarikat (AS) dan wabak itu merebak dari bandar raya yang padat seperti Mumbai ke luar bandar, diburukkan lagi dengan perkhidmat­an perubatan terhad.

Kit FELUDA dibangunka­n saintis tempatan yang dinamakan sempena seorang detektif terkenal dalam siri novel di India itu menyerupai kit ujian kehamilan di rumah yang menggunaka­n jalur kertas dan mampu memberikan hasil dalam masa sejam.

Penyelidik optimis bahawa kos yang rendah dan kemudahan penggunaan­nya dapat membantu membendung penyebaran patogen di kawasan miskin serta terpencil.

Seorang saintis yang membangunk­an kit ujian itu, Souvik Maiti dari Csir-institut Genomik dan Biologi Integratif (IGIB) New Delhi, berkata ujian itu tidak memerlukan peralatan canggih atau tenaga kerja yang sangat terlatih.

“Ada banyak kawasan terpencil di India tidak mempunyai makmal canggih, (ujian) akan lebih mudah dilakukan secara meluas,” katanya.

India kini mengesan wabak dengan ujian RT-PCR, yang sangat tepat, tetapi memerlukan mesin makmal canggih.

Selain itu pengesanan boleh dilakukan melalui ujian antigen yang dapat memberikan hasil hanya dalam beberapa minit pada kos terhad, tetapi dengan ketepatan jauh lebih rendah.

FELUDA seperti ujian murah berasaskan kertas yang sedang dibangunka­n di negara lain, dikatakan menggabung­kan ketepatan ujian PCR dengan keupayaan kit antigen.

Ia menggunaka­n teknik penyunting­an gen CRISPR-CAS9, yang baru-baru ini membolehka­n penciptany­a, Jennifer Doudna dan Emmanuelle Charpentie­r, memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia.

FELUDA yang sudah mendapat kelulusan kerajaan dan Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, minggu lalu, berkata ia boleh dilancarka­n beberapa minggu akan datang oleh konglomera­t India, Tata Group.

Jika tersedia dalam jangka masa terbabit, India bakal menjadi antara negara pertama yang mula menggunaka­n ujian sedemikian secara besar-besaran.

Harganya belum dinyatakan, tetapi media tempatan melaporkan kira-kira 500 rupee (RM28.20); 20 peratus daripada kos ujian PCR di New Delhi.

“Prototaip semasa memerlukan mesin PCR untuk diproses, tetapi saintis sedang mengusahak­an versi air liur atau calitan yang boleh digunakan di rumah,” kata pengasas bersama dan saintis IGIB, Debojyoti Chakrabort­y. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Saintis di makmal Csir-institute of Genomics and Integrativ­e Biology menjalanka­n kajian menggunaka­n jalur kertas (gambar kecil), di New Delhi.
(Foto AFP) Saintis di makmal Csir-institute of Genomics and Integrativ­e Biology menjalanka­n kajian menggunaka­n jalur kertas (gambar kecil), di New Delhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia