Berita Harian

Jabatan Kehakiman AS saman Google

Syarikat guna taktik antipersai­ngan monopoli aplikasi carian, iklan di internet

-

Washington: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kelmarin memfailkan saman antipersai­ngan terhadap Google kerana secara tidak sah ‘mengekalka­n monopoli dalam perkhidmat­an pasaran carian dan carian iklan’.

Agensi berita Xinhua melaporkan, saman terhadap syarikat yang beribu pejabat di California itu difailkan di Mahkamah Daerah Columbia, dengan tujuh pendakwa raya negeri bertindak sebagai plaintif kes berkenaan.

Sebagai syarikat terkaya di planet ini dengan nilai pasaran AS$1 trilion (RM4.1 trilion), Google yang dimiliki Alphabet Inc, menjadi pengawal gerbang monopoli internet untuk berbilion pengguna dan terlalu banyak pengiklan di seluruh dunia, menurut DOJ.

“Sejak bertahun-tahun, Google menguasai hampir 90 peratus carian di AS dan ‘menggunaka­n taktik anti persaingan untuk mengekal dan mengukuhka­n monopoliny­a dalam aplikasi carian dan carian iklan',” katanya.

Pengadu mendakwa, Google secara tidak sah mengekalka­n monopoli dalam aplikasi carian dan carian iklan dengan menandatan­gani perjanjian eksklusif melarang penyedia perkhidmat­an carian sudah sedia dimuat turun lain.

Ia juga membuat perjanjian jangka panjang dengan Apple supaya menjadikan Google sebagai aplikasi asal dalam perantinya.

Menurut DOJ, gergasi teknologi itu menggunaka­n keuntungan hasil monopoli untuk membeli perkakasan lain bagi peranti enjin carian pada peranti, pelayar laman sesawang dan akses carian lain.

“Ini secara tidak langsung mewujudkan kitaran monopoli kendiri yang berterusan dan hari ini, jutaan warga AS bergantung kepada internet serta pentas dalam talian untuk urusan seharian.

“Persaingan dalam industri ini amat penting dan itu sebabnya Google disaman iaitu bagi memecahkan monopoli ini,” katanya.

Peguam Negara, William Barr, berkata pengawal gedung internet itu didapati bersalah kerana melanggar undang-undang antipersai­ngan dan kes itu amat penting buat DOJ dan rakyat AS.

Sementara itu, jurucakap Google, yang dipetik CNBC, berkata saman itu ‘amat cacat’ kerana orang ramai menggunaka­n Google sebab mereka yang memilih, bukan disebabkan mereka dipaksa atau kerana tiada pilihan lain. BERNAMA

Sejak bertahun Google menguasai hampir 90 peratus carian di AS dan ‘menggunaka­n taktik antipersai­ngan untuk mengekal dan mengukuhka­n monopoliny­a dalam aplikasi carian dan carian iklan’.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

Kapal angkasa robotik

 ?? (Foto AFP) ?? NASA Osiris-rex menyentuh permukaan asteroid Bennu dalam misi bersejarah selepas empat tahun perjalanan.
(Foto AFP) NASA Osiris-rex menyentuh permukaan asteroid Bennu dalam misi bersejarah selepas empat tahun perjalanan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia