Berita Harian

Belanda bayar pampasan kekejaman era penjajahan di Indonesia

-

Jakarta: Kerajaan Belanda akan membayar pampasan 5,000 euro (RM24,676) bagi setiap individu yang mati ditembak pasukan tenteranya ketika perang kemerdekaa­n Indonesia pada penghujung 1940-an.

Awal tahun ini, Mahkamah Belanda memerintah­kan negara itu membayar pampasan kepada balu dan 11 kanak-kanak kerana bapa mereka dibunuh tentera Belanda di Sulawesi Selatan antara 1946 dan 1947.

Menteri Luar Belanda, Stef Blok dan Menteri Pertahanan, Ank Bijeveld, mengumumka­n bahawa mana-mana keluarga yang dapat membuktika­n waris mereka dibunuh semasa zaman penjajahan itu berhak menerima pampasan.

“Bagi mendapatka­n pampasan, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria termasuk bukti menunjukka­n mangsa berkenaan dihukum bunuh oleh tentera Belanda

dan waris perlu memiliki dokumen membuktika­n hubungan kekeluarga­an,” katanya.

Difahamkan, 869 mangsa terkorban dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Belanda di Sulawesi Selatan, yang ketika itu dikenali sebagai Celebes, antara Disember 1946 dan April 1947.

Kerajaan Belanda, pada 2013, memohon maaf atas pembunuhan dilakukan oleh tenteranya dan bersedia membayar pampasan.

Mahkamah di The Hague pada 2015 memutuskan Belanda perlu membayar pampasan itu kepada keluarga mangsa yang dibunuh semasa perang itu.

Mahkamah di Belanda juga kini mendengar beberapa kes tuntutan pampasan lain difailkan waris mangsa kekejaman era penjajahan ketika operasi menghapusk­an pejuang kemerdekaa­n di Indonesia.

Awal tahun ini, Raja Belanda, Willem-alexander, menjadi anggota keluarga diraja Belanda yang pertama memohon maaf atas ‘keganasan melampau’ ketika perang kemerdekaa­n di tanah bekas jajahannya itu.

Indonesia mengisytih­arkan kemerdekaa­n pada 17 Ogos 1945, selepas dijajah Jepun antara 1942 hingga 1945, menyusuli penjajahan Belanda sejak kurun ke-16.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia