Berita Harian

Hattan bersyukur sakit beri isyarat

-

Penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah, Datuk Hattan, 56, bersyukur mendapat isyarat awal dalam soal kesihatan dan nyawa apabila dimasukkan ke hospital selama tiga hari, berpunca masalah injap jantung, baru-baru ini.

Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Sahabuddin, berkata selepas dibenarkan pulang ke rumah, kesihatann­ya makin pulih.

“Alhamdulil­lah, saya semakin okay. Cuma saya bersyukur isyarat sakit ini datang awal. Jadi, dapat dikawal dan diberi lebih perhatian.

“Soal sakit ini, kita tidak boleh berkomprom­i. Benda boleh bawa maut, kita sendiri tak mampu mengawal takdir. Tapi dalam hidup ini, mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya kepada HIP.

Melalui entri di Facebook (FB), Hattan memaklumka­n kesihatann­ya terkawal selepas tiga hari dirawat.

Sebelum ini, Hattan dilaporkan dimasukkan ke hospital berikutan masalah injap jantung. Bermula dengan mengadu sakit dada dan tangan kebas, isteri Hattan, Datin Arianie Mohd Abidin bertindak pantas menghantar penyanyi itu ke hospital.

Hattan berkata, apa yang berlaku mengubah hidupnya sebanyak 180 darjah.

“Mulai sekarang, saya kena jaga banyak perkara termasuk soal pemakanan. Saya juga tidak boleh tertekan.

“Namun, dalam keadaan ekonomi dan pandemik sekarang, apa daya kita hendak melawan kehendak takdir. Tidak mengapa, lalui hidup ini dengan penuh keredaan biarpun hakikat pergelutan itu bukan biasa-biasa,” katanya.

Hattan bertekad menjaga pemakanan agar kesihatann­ya terjamin.

“Kalau sudah sakit ini, banyaklah pantang-larang. Saya kena elak makanan kolesterol tinggi. Saya kena lebihkan sayur-sayuran. Dahulu, saya makan sayursayur­an. Sekarang, saya kena biasakan semula termasuk mengambil sayur-sayuran yang tidak pernah dimakan,” katanya.

Hattan mengaku beruntung dikurniaka­n isteri cantik, baik hati, penyayang dan memahami.

“Untung sakit macam ini, belaian dan perhatian lebih daripada isteri. Garang isteri pun kadang-kadang lebih daripada jururawat bertauliah. Garang bukanlah sampai memekak, sebaliknya bertegas dalam memantau kesihatan saya.

“Dengan keadaan sekarang, hidup kena diteruskan. Memang kena berjimat cermat. Hidup dengan wang simpanan tapi biarlah berpada-pada.

“Kita tidak mampu menjangka apa yang akan terjadi kelak. Semoga kita semua terus dilindungi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia