Berita Harian

Sah terima aduan, teliti tindakan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang meneliti tindakan yang boleh dilakukan berhubung isu tunggakan gaji membabitka­n pemain pasukan ATM.

Ia selepas pasukan ATM yang kini menggunaka­n nama Armed Forces FC didakwa melanggar perjanjian pembayaran ansuran tunggakan gaji yang dipersetuj­ui bersama pemain mereka sebelum ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengakui pihaknya ada menerima laporan berkaitan isu berkenaan.

“Kita tengok perkara ini dari dua pihak, bagi ATM, mereka sudah bayar kira 75 hingga 80 peratus (tunggakan). Kalau mereka sudah bayar hingga April, kira sudah bagus, sebab masa COVID-19 mereka bayar.

“Saya tengok komunikasi PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia) yang mewakili pemain dengan ATM. Mereka sudah menjawab bahawa bukan tak nak bayar, tapi mereka ada masalah kewangan pada masa ini kesan daripada COVID-19 dan pembatalan Liga M3.

“Mereka berjanji akan memulakan bayaran semula pada Januari atau Februari tahun depan mengikut bajet musim baharu.

“Tapi perkara ini sedang diteliti unit perundanga­n dan kami akan ambil tindakan tidak lama lagi. Ia sedang dibincang di tahap dalaman,” katanya kepada BH Sukan.

Kelmarin, sumber pemain memaklumka­n kepada BH Sukan bahawa mereka menerima bayaran terakhir berkaitan tunggakan gaji pada 2015 daripada ATM pada April lalu.

Selain itu, Stuart turut menjelaska­n FAM akan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Bagi pihak pemain pun kita faham, mereka ada perjanjian bersama ATM. Kita juga akan adakan perbincang­an bagi memastikan hak pemain juga terjaga.

“Tetapi kita pun faham bagi pihak pasukan mengenai kekangan yang dihadapi. Kita terpaksa ambil kedudukan berada di tengah-tengah dan cuba selesaikan masalah,“katanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia