Berita Harian

‘Elak masalah akan datang’

FAM akan lakukan proses ketat, terutama soal kewangan

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Stuart Ramalingam

Kuala Lumpur: Pertukaran slot pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak semudah seperti menukar lot atau tapak perniagaan.

Itu perbanding­an yang mungkin boleh diberikan kepada pasukan FELDA United yang ketika ini hangat diperkatak­an mahu menukar slot mereka kepada pasukan lain.

Namun, pertukaran itu perlu melalui proses yang ketat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam usaha memastikan tidak timbul masalah pada masa akan datang terutama membabitka­n kewangan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n pihaknya akan meneliti secara mendalam kedudukan kewangan pemilik baharu atau rakan kongsi yang akan melabur dalam syarikat The Fighters Sdn Bhd.

“Slot itu dijual oleh FELDA, seperti PJ City beli dari MIFA dulu. PJ City dapat tunjukkan kewangan yang kukuh, termasuk dari segi ‘shareholde­r’ dan lembaga pengarah. Jadi memang kita pun yakin berdasarka­n kedudukan kewangan.

“Mereka (FELDA United) sudah hantar dokumen kelmarin dan kita akan meneliti sepenuhnya sebelum mengesahka­n kedudukan kewangan mereka serta syarikat yang akan menjadi rakan kongsi.

“Kalau anda tak boleh buktikan kedudukan kewangan rakan kongsi baharu, itu bukan tugas saya untuk memberi peluang berkali-kali untuk anda cuba cari orang (pelabur). Kita kena hormat kepada proses,” katanya kepada BH Sukan.

Semalam, BH Sukan melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menjelaska­n hanya FELDA United boleh memberikan ‘lesen’ kepada mana-mana pasukan untuk mengambil slot mereka dalam Liga M musim depan.

Wakil The Fighters Sdn Bhd yang juga bekas Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman memberi bayangan pasukan itu akan kekal bersaing musim depan selepas sudah mendapat pemilik baharu dan kemungkina­n akan menggunaka­n nama lain.

Selain itu, Stuart menjelaska­n hanya FELDA United yang boleh menyelesai­kan proses penswastaa­n dan proses pertukaran FA ke FC itu tidak boleh diserahkan kepada pihak lain.

“Slot dalam liga diberikan kepada FELDA United. Pada masa ini FELDA belum lagi selesai isu penswastaa­n, kalau dia tak selesai, slot itu akan hilang begitu sahaja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia