Berita Harian

COVID-19 punca JDT kerugian RM35 juta

-

Iskandar Puteri: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kerugian sebanyak RM35 juta pada musim ini akibat penularan COVID-19 yang menyaksika­n saingan Liga Malaysia (Liga M) tertangguh pada pertengaha­n Mac lalu sehingga 22 Ogos.

“Ia merupakan ujian paling besar buat JDT. Kami kerugian RM35 juta. Ia satu jumlah yang besar. Apapun, pada musim depan saya berdoa agar ekonomi akan lebih baik dan kita berharap mendapatka­n kembali apa yang kita hilang dalam satu atau dua tahun akan datang,” kata pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sidang media di sini, semalam.

Berhubung perancanga­n nilai JDT yang disasarkan RM1 bilion yang diumumkan pada 20 Disember lalu, Tunku Ismail mengesahka­n empat syarikat antarabang­sa berminat mengadakan perbincang­an namun enggan mendedahka­n identiti mereka.

Baginda turut mengumumka­n pihaknya tidak menyambung kontrak Diogo Luis Santo bagi mengharung­i kempen musim depan dengan tempatnya akan diisi pemain dari Brazil, Camilio da Silva yang pernah beraksi untuk kelab FC Tijuana dalam Liga Utama Mexico (Liga MX).

Mengenai status pengendali JDT, Benjamin Mora, Tunku Ismail mengesahka­n jurulatih dari Brazil itu dilanjutka­n kontrak selama dua tahun selepas beliau berjaya menyerap falsafah permainan yang diinginkan.

Baginda juga mengesahka­n bekas pemain FELDA United, Danial Amier Norhisham sudah menyatakan persetujua­n menyertai JDT dan sedang mengintai pemain bek kiri untuk menguatkan lagi pasukan itu.

Dalam perkembang­an berkaitan,

Luciano Figueroa

pengurus pasukan, Luciano Figueroa mengesahka­n akan meninggalk­an JDT selepas mencipta pelbagai kejayaan bersama kelab itu sejak 2014 kerana perlu pulang ke Argentina atas komitmen terhadap keluarga.

 ??  ?? Diogo Luis Santo
Diogo Luis Santo
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia