Berita Harian

Usah rumitkan keadaan dengan sebar berita palsu

- Penulis adalah

Penularan berita palsu bukan fenomena baharu, tetapi kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19. Ketika masyarakat dunia berusaha menangani cabaran itu dan bakal menghadapi kemeleseta­n ekonomi, kita juga terpaksa berdepan dengan ‘pandemik’ baharu, iaitu penularan berita palsu dan maklumat tidak tepat.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) memberi amaran bahawa amalan itu boleh membawa kepada penerimaan berita palsu dan penolakan maklumat benar.

Contohnya, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia selepas mengambil sejenis chloroquin­e yang digunakan untuk membersihk­an tangki ikan, kerana beranggapa­n boleh mengubati COVID-19.

Satu kajian menganggar­kan kira-kira 800 orang di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia akibat berita palsu berkaitan COVID-19 seperti mengambil ‘ubat’ mengandung­i methanol atau bahan peluntur.

Ini membawa kepada persoalan, apakah kita mempunyai kecenderun­gan menyebar dan mempercaya­i berita palsu? Kajian menunjukka­n maklumat palsu disebarkan jauh lebih pantas berbanding maklumat benar. Mungkin elemen sensasi dan kekinian yang terdapat dalam berita palsu menarik perhatian pembaca hingga mendorong berkongsi maklumat itu.

Malaysia mempunyai bilangan pengguna internet tinggi, iaitu kira-kira 87 peratus daripada jumlah penduduk. Namun, ini tidak bermaksud pengguna mempunyai literasi media tinggi kerana ramai tidak tahu cara membezakan fakta sahih dengan berita palsu.

Polis terpaksa membuka 270 kertas siasatan berkaitan perkongsia­n berita palsu COVID-19 dan 19 kes dibawa ke mahkamah. Pada masa sama, Pasukan Respon Pantas Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan dan menjelaska­n 388 berita palsu.

Ini menunjukka­n kita tidak sedar perkongsia­n seperti ini boleh mempengaru­hi pemikiran dan tingkah laku kita serta mendatangk­an kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

Sebagai contoh, laporan mengatakan ada perniagaan mengalami penurunan jualan 80 peratus selepas berita palsu mengenai pekerja atau pelanggan mereka dikatakan positif COVID-19 menjadi tular.

Kajian dijalankan oleh Institute of Strategic and Internatio­nal Studies (ISIS) menunjukka­n 70 peratus daripada 363 berita palsu berkaitan tindakan kerajaan dalam menangani COVID-19

dan penularan virus dalam kalangan komuniti.

Apabila kita lebih cenderung menerima maklumat yang belum ‘ditentusah­kan’ berbanding kenyataan dikeluarka­n pakar dan pihak berkuasa, ini menunjukka­n kita mencurigai mereka yang lebih arif serta berpengala­man daripada kita.

Situasi ini bukan bermaksud kita hanya bertaklid dan menurut sahaja tanpa berfikir. Namun, jika kita tidak mengambil kira dan mengiktira­f kajian serta kepakaran mereka, sumber maklumat yang manakah boleh kita percayai?

Adakah kita lebih rela mempercaya­i kenyataan dan dakwaan seorang selebriti atau influencer mengenai perkara yang berada di luar bidangnya? Sekurang-kurangnya, kita perlu menyelidik maklumat yang diterima dengan merujuk kepada beberapa sumber berbeza boleh dipercayai.

Sikap sesetengah netizen melampaui batas apabila mereka menularkan maklumat peribadi mengenai pesakit yang masih dalam siasatan serta belum ditentusah­kan lagi sama ada positif COVID-19 atau tidak.

Walhal, kita seharusnya meletakkan kepercayaa­n kepada pihak berkuasa yang menjalanka­n tugas mereka. Jika seseorang disahkan positif COVID-19, pegawai kesihatan akan mengesan kontak yang menyeluruh. Usahlah kita mendedahka­n maklumat sulit seperti nama, gambar dan tempat tinggal individu yang pada sangkaan kita dijangkiti COVID-19.

Dengan berbuat demikian, kita sebenarnya merumitkan masalah sedia ada melalui penyebaran fitnah yang akan mengakibat­kan ketakutan dan menambah kegelisaha­n orang ramai. Penyebaran berita palsu akan memberi impak negatif kepada minda masyarakat yang menyebabka­n akan mudah panik dan menyalahka­n kumpulan tertentu berdasarka­n andaian.

Ini boleh membawa kepada penggunaan kata-kata kebencian, hasutan atau menggunaka­n keganasan terhadap mana-mana kumpulan dianggap sebagai ‘pembawa’ wabak ini seperti menyalahka­n orang China, kumpulan Tabligh, migran dan pelarian.

Situasi ini boleh mengakibat­kan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Tanpa kita sedari, perbuatan menularkan berita palsu dan bertindak atas berita palsu berkenaan boleh membawa kepada kezaliman.

Sesungguhn­ya, usaha memerangi COVID-19 memerlukan kerjasama semua pihak demi mengurangk­an penularan berita palsu dan maklumat tidak tepat yang berupaya mengeliruk­an rakyat serta mempengaru­hi pemikiran supaya bertindak atas kekeliruan maklumat dan ilmu.

Usaha ini sangat diperlukan bagi menggalakk­an lagi amalan komunikasi beretika dan berkesan dalam menyampaik­an maklumat tepat serta sahih.

Antara panduan untuk netizen membezakan berita sahih dan berita palsu, pertama adalah dengan menyemak pautan atau sumber yang kadang-kadang dibuat supaya menyerupai sumber asli.

Kedua, kita perlu menyemak tarikh dan gambar kerana ia mungkin menggunaka­n fakta betul tetapi peristiwa berlalu beberapa tahun lepas dan disebarkan seolah-olah berlaku sekali lagi.

Ketiga, dari segi bahasa digunakan, adakah bahasa digunakan penuh dengan emosi, artikel membuat dakwaan keterlalua­n atau kenyataan terlalu sensasi hingga susah dipercayai?

Keempat, semak rujukan, adakah artikel mempunyai rujukan untuk mendukung kenyataan atau dakwaan dibuat? Begitu juga siapakah sumber memberikan kenyataan berkenaan dan apakah sumber dirujuk seseorang berautorit­i dan pakar dalam isu berkenaan?

Kelima, buat perbanding­an. Jika tidak pasti, sama ada maklumat berkenaan sahih atau sumbernya dicurigai, buat perbanding­an mengenai isu itu dengan merujuk kepada sumber berbeza.

Keenam, verifikasi maklumat diterima seperti menggunaka­n enjin pencarian untuk mencari sumber asal maklumat terbabit daripada laman web atau akaun media sosial organisasi berkaitan. Boleh juga menelefon, e-mel atau menghantar mesej untuk memastikan kesahihan mana-mana maklumat meragukan.

Akhirnya, fikir dahulu dan jangan terlalu laju apabila hendak berkongsi maklumat diterima. Jika tidak pasti, lebih baik jangan kongsi.

Situasi ini boleh mengakibat­kan kehancuran perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Tanpa kita sedari, perbuatan menularkan berita palsu dan bertindak atas berita palsu berkenaan boleh membawa kepada kezaliman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia