Berita Harian

Air busuk jejas tarikan pelancong

Sungai Pengkalan Datu dicacatkan dengan sampah bertaburan

- Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Sungai Pengkalan Datu

Kota Bharu: Sampah bertaburan, air berbau busuk dan kotor menjejaska­n keindahan Sungai Pengkalan Datu, Kampung Demit, di sini yang dulunya pernah menjadi tumpuan pelancong.

Sungai yang pernah menerima kedatangan pengunjung yang ramai ‘dicacatkan’ dengan pemandanga­n jelik serta bau busuk.

Wakil penduduk, Mohamad Afandi Mohamad, 36, berkata, situasi itu sudah berlaku sejak sekian lama namun beberapa bulan kebelakang­an ini semakin teruk dipercayai operasi pembersiha­n tidak dilakukan secara sistematik.

“Sungai Pengkalan Datu ini pernah menerima kunjungan daripada orang ramai termasuk pemancing.

“Bagaimanap­un sejak kebelakang­an ini, keadaan sungai semakin teruk, warnanya yang jernih bertukar kehitaman dan berbau busuk,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia berkata, ekosistem sungai yang terjejas turut memberi kesan kepada sumber pendapatan penduduk yang rata-ratanya mencari rezeki dengan menangkap ikan dan hidupan sungai lain.

Katanya, penduduk untuk menangkap ikan di lokasi agak jauh iaitu di luar Sungai Pengkalan Datu kerana di kawasan yang terjejas, sudah tiada habitat hidupan sungai.

“Saya mewakili penduduk kampung merayu pihak berkaitan supaya membuat pembersiha­n dengan lebih kerap dan bersistema­tik supaya sama-sama dapat menjaga kebersihan sungai yang menjadi mata pencarian kami.

“Selain itu dapat menarik semula kedatangan pengunjung, sekali gus menjana ekonomi penduduk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhamad Hazhan Hamzah, 33, berkata beberapa tarikan diwujudkan di sekitar Sungai Pengkalan Datu termasuk titi kayu dan dua kedai makan yang menyediaka­n menu hasil tangkapan sungai.

“Saya sebagai anak jati Kubang Kerian menerima tempias dan berasa malu jika pengunjung luar datang melihat keadaan Sungai Pengkalan Datu yang diuar-uarkan sebagai tarikan pelancong tetapi realitinya ibarat ‘indah khabar dari rupa’,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan

Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Kelantan, Kamal Mustapha, berkata sebagai alternatif mengelakka­n aliran air yang masuk ke Sungai Pengkalan Datu tercemar, tumbuhan untuk menyekat segala sampah sarap akan diletakkan di saluran utama.

Katanya, inisiatif yang akan dilaksanak­an pada tahun hadapan itu dijangka dapat mengurangk­an kadar pencemaran sungai terbabit yang dilihat semakin kronik.

“Rekaan longkang dibuat oleh JPS yang digunakan sehingga kini untuk aliran utama ke Sungai Pengkalan Datu adalah rekaan lama yang ketika itu memadai dengan pembanguna­n yang terdapat ketika itu.

“Bagaimanap­un, pembanguna­n semakin pesat terutama di Bandar Baru Kubang Kerian yang turut menyumbang kepada semakin banyak sampah sarap yang dibuang menerusi longkang itu sekali gus menyebabka­n ia mengalir terus ke sungai,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kamal berkata, pihaknya sudah menjalanka­n gotong-royong membersihk­an sungai terbabit namun ia lebih tertumpu kepada musim tengkujuh sahaja di mana pembersiha­n yang dibuat adalah bagi melancarka­n lagi aliran air.

Katanya, usaha mengelakka­n air sungai itu tercemar bukan hanya terletak di bahu JPS sahaja sebaliknya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka yang menyumbang kepada pembuangan sampah sarap iaitu masyarakat setempat.

“Selagi kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak timbul, selagi itulah pencemaran akan tetap berlaku dan walau dilakukan operasi pembersiha­n secara kerap sekalipun, ia tidak akan berhasil,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? di Kampung Demit tercemar dengan bau busuk dan sampah sarap bertaburan.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) di Kampung Demit tercemar dengan bau busuk dan sampah sarap bertaburan.
 ??  ?? Air Sungai Pengkalan Datu dicemari pembuangan toksik dan sampah sarap pihak tidak bertanggun­gjawab.
Air Sungai Pengkalan Datu dicemari pembuangan toksik dan sampah sarap pihak tidak bertanggun­gjawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia